Sunday, February 9, 2025

Syarahan Kitab Misykatul Anwar 1

 

NOTA RINGKAS DARIPADA PENGAJIAN KITAB MISYKAATUL ANWAAR (IMAM AL-GHAZALI) OLEH USTAZ DZUL AL-GHAZALI

 مشكاة الأنوار و مصفاة الأسرار

Ceruk Cahaya dan Penyaringan Keluar Rahsia2

 

الحمد الله فائض الأنوار وفاتح الأبصار وكاشف الأسرار ورافع الأستار والصلاة على محمد نور الأنوار وسيد الأبرار وحبيب الجبار وبشير الغفار ونذير القهار وقامع الكفار وفاضح الفجار وعلى آله وأصحابه الطيبين الطاهرين الأخيار

 

Nabi Muhammad saw = Nuurul Anwaar.

Saiyidul abraar itu = pemimpin orang2 soleh.

 

Golongan al-fujjaar = Orang2 yang banyak melakukan perbuatan2 yang mendatangkan dosa.

 

Syarahan kita mengikut tariq atau acuan pengarangnya sendiri iaitu tariq dan acuan Imam al-Ghazali, mengikut pedoman2 Tarekat Ghazaliyah, sebagaimana yang diperturunkan oleh guru2 Tarekat Ghazaliyah zaman-berzaman sampailah ke zaman kita ini.

 

Misykaat = satu lubang kecil di dinding yg tidak tembus ke sebelah sana (ceruk)

 

Lubang di dinding = dada

Lampu di dalam lubang itu = qalbu

 

Fungsi atau kegunaan misykaat :

1. Lubang misykaat itu digunakan untuk diletakkan pelita atau lampu di dalamnya.

2. Misykaat akan buatkan cahaya suluhan lampu itu lebih kuat ke satu2 arah.

3. Misykaat juga berfungsi untuk mengawal cahaya lampu agar kena pada bahagian2 tertentu sahaja.

4. Cahaya misykaat itu mewujudkan suasana dalaman bangunan yang menarik. Ia seperti satu perhiasan atau dekorasi.

5. Lampu yang diletakkan di dalam misykaat dapat menjimatkan ruang dan lebih selamat (yakni kurang risiko) daripada terlanggar dan terjatuh.

 

Anwaar = nuur atau cahaya.

Misykaatul Anwaar = Ceruk Cahaya.

 

Biasanya nuur dikaitkan dengan cahaya. Namun perkataan nuur boleh mempunyai pelbagai maksud, bergantung pada penggunaannya dalam ayat.

 

Imam al-Ghazali menulis kitab ini kerana ada seorang hamba Allah yang meminta Imam al-Ghazali mengajarkannya ilmu ini.

 

Kaitan dengan kitab2 lain - Kitab Misykaatul Anwaar ini sangat berkait rapat dengan Kitab Latihan Qalbu (dalam Ihya’), kitab Misykatul Anwar, dan kitba Risalah al-Laduniyah.

 

Perkataan nuur lebih tepat penggunaannya berbanding perkataan cahaya.

 

Dalam kitab Misykat ini IG banyak menggunakan bahasa halus kerana untuk hal2 yang tinggi, hanya dengan bahasa halus sahaja yang dapat mencapai atau mendekat kepada pemahamannya. Jika kita menggunakan bahasa biasa, ia tak dapat mendekat dan boleh jadi akan menjauh atau tersalah pemahaman.

 

Alhamdulillah = Segala (100%) pujian hanyalah untuk Allah.

 

Ada 4 jenis pujian :

i) Pujian jenis pertama : Allah memuji Diri-Nya sendiri.

ii) Pujian jenis kedua : Allah memuji makhluk-Nya.

iii) Pujian jenis ketiga : Makhluk memuji Allah.

iv) Pujian jenis keempat : Makhluk memuji makhluk.

Pada hakikatnya, kesemua puji2an ini hanya kena pada Allah sahaja, langsung tak kena pada selain Allah, langsung tak kena pada mana-mana makhluk.

 

Antara kelebihan menggunakan ucapan “Alhamdulillah”

Itu bukan ratus pujian, bukan ribu pujian, tapi semua pujian atau 100% puji2an yang ada. Semuanya masuk serentak atau sederup dalam satu kalimah sahaja.

 

Tindakan (buah ilmu, perubahan2 yang diharapkan) :

1. Kita berdoa kpd Allah selalu mohon semua program2 kita lancar dan berjaya.

2. Kita berazam dan berusahalah dengan gigih untuk mengkhatamkan pelajaran kitab Misykaatul Anwaar, Kitab Keajaiban Qalbu, Kitab Latihan Qalbu, dan kitab Risalah al-Laduniyah.

3. Carilah peluang untuk menambah pengetahuan kita dalam bahasa Arab.

4. Kita tepatkanlah makna perkataan “Alhamdulilah”.

5. Contohilah sifat Rasulullah iaitu sifat tabligh (menyampaikan). Kita sebagai orang yang mengaku mencintainya, kita contohilah baginda. Maka kita sampaikanlah walau sedikit kepada saudara2 kita yang lain yang tidak berada bersama2 dengan kita di sini, lebih2 lagi kepada orang2 yang kita sayangi.

 

No comments: