Wednesday, August 16, 2023

UPDATE RANCANGAN PERTEMUAN YANG DIJANGKA PADA 4/11/23

Bagi yang berhajat untuk datang bertemu dengan saya pada 4 November 2023 di Taiping nanti, sekiranya ada persoalan penting yang mahu ditanyakan, eloklah mula merancang soalan2 lalu kemukakan soalan2 lebih awal. Hal ini kerana jika dalam sesuatu hal itu saya tidak punya cukup maklumat atau persediaan ketika soalan ditanyakan, biasanya saya akan terus menjawab TIDAK TAHU sahaja (sebagaimana adab menjawab pertanyaan yang ditarbiahkan dalam kitab Ihya’ ‘Ulumuddin). Dalam hal2 yang saya banyak maklumat atau persediaan ketika itu sahaja yang saya akan cuba jawab.


Jadi, rugilah jika tuan2 datang dari jauh untuk bertemu sekali sahaja pada tahun ini, tiba2 saya jawab TIDAK TAHU. Dalam hal yang penting2, dalam2, tinggi2, luas2, jauh2... eloklah ditanyakan awal2 supaya saya cukup persediaan dan tuan2 mendapat jawapan yang diharapkan. Jangan biasakan buat soalan surprise kerana dengan pantas dan tanpa segan silunya saya akan menjawab TIDAK TAHU. Umumnya saya tidak rugi apa-apa, tetapi tuan2lah yang rugi kerana tidak mendapat jawapannya.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

16/8/23


*Saya sudah pernah menulis tentang hal ini pada 6/5/22 tahun lepas lagi, sebagaimana berikut :


Dalam kitab Ihya' 'Ulumuddin, Imam al-Ghazali sangat menekankan adab2 menjawab persoalan. Beliau mencontohkan Imam Malik yang pernah menjawab 1/3 sahaja daripada soalan2 yang dikemukakan kepadanya walaupun Imam Malik seorang ulama besar. Hal ini kerana sangat berhati2nya Imam Malik dalam menjawab persoalan. Banyak juga ulama dahulu kala yang menjawab "tidak tahu" lebih banyak daripada memberikan jawapan kepada persoalan2 yang dikemukakan.


Kami sendiri begitu juga. Dalam hal2 yang kami punya pengetahuan yang mencukupi, kami akan memberikan jawapannya sebaik mungkin. Tetapi dalam hal2 yang kami hanya tahu sikit2 sahaja atau kami fikir kurang cukup maklumatnya, kami akan menolak daripada menjawab atau akan menjawab "tidak tahu".


Jadi, untuk mengelakkan daripada banyak persoalan tuan2 tidak berjawab atau dijawab "tidak tahu", maka eloklah tuan2 ajukan/tuliskan/suarakan persoalan2 (khusus untuk persoalan2 yang jarang2 ditanya) tersebut beberapa hari lebih awal agar kami dapat melengkapkan jawapan2nya lalu dipersembahkan dalam pertemuan nanti. Jika tidak, (contohnya) mungkin daripada 48 pertanyaan yang diberi, hanya 16 sahaja yang kami sanggup memikul amanah untuk menjawabnya manakala yang 32 pertanyaan lagi kami jawab "tidak tahu".


Selalu juga hal yang ditanyakan itu memang kami ada pengetahuan tentangnya tetapi dari segi persediaan untuk memberi penjelasan tentangnya kurang sedikit, maka kami menjawab "tidak tahu" sahaja. Begitulah adab anjuran Imam al-Ghazali. Rugilah kerana kami datang dari jauh dan tuan2 pun datang dari jauh, tetapi apabila bertemu, banyak persoalan tidak dapat kami penuhi. Jika sekadar untuk menunjukkan handal dan tidak jatuh air muka, boleh sahaja kami menjawab ala kadar, tetapi setiap jawapan yang kita beri itu akan diminta pertanggungjawabannya di hadapan Allah kelak. Hal itulah yang sangat kami bimbangi. Oleh sebab itu adab2nya kita pelihara.


Salah satu cara yang berkesan untk mengelakkan daripada mendapat jawapan "tidak tahu" adalah dengan mengemukakan awal2 persoalan2 penting (persoalan yang biasa2 tak perlulah) beberapa hari lebih awal kepada sahaya. Insya-Allah nanti jawapan2 yang diperolehi dalam pertemuan akan memuaskan hati. Jika tidak, bersedia sahajalah untuk mendengar banyak jawapan : "Saya tak tahu".


BERIKUT MERUPAKAN MAKLUMAN2 SEBELUM INI BESERTA TARIKH SIARANNYA :


MAKLUMAN PADA 26/1/23

http://alexanderwathern.blogspot.com/2023/01/pertemuan-urusan2-tasawuf-sufi-tariqah.html


MAKLUMAN PADA 5/2/23

http://alexanderwathern.blogspot.com/2023/02/pertemuan-utama-al-ghazaliyah-2023.html


MAKLUMAN PADA 16/2/23

http://alexanderwathern.blogspot.com/2023/02/lelaki2-yang-datang-jangan-tutup2-muka.html


MAKLUMAN PADA 27/2/23

http://alexanderwathern.blogspot.com/2023/02/pertemuan-4-november-2023.html


MAKLUMAN PADA 7/5/23

http://alexanderwathern.blogspot.com/2023/05/sekiranya-berhajat-ikutlah-aturan.html


Nantikan update makluman seterusnya, sebagai persediaan untuk anda.

 

* Sejak tahun 2012-2022, saya buka lebih kurang 40 kali pertemuan setahun (untuk pelbagai urusan keagamaan dan perubatan Islam).

** Pada tahun 2023 ini, saya buka 1 kali pertemuan sahaja (untuk hal ehwal tasawuf, sufi, tauhid, aqidah, Tariqah Ghazaliyah, ilmu alam Imam al-Ghazali, ilmu as-saah dan yang seumpama dengannya sahaja. Tidak ada urusan perubatan Islam).

*** Mulai tahun 2024, insya-Allah saya hanya akan buka pertemuan untuk orang2 yang mahu belajar Tariqah Ghazaliyah sahaja. Satu urusan itu sahaja. Urusan2 selain itu tidak dibuat lagi.

**** Para pengamal Tariqah Ghazaliyah sedia ada boleh datang bila2 masa yang kita persetujui tarikhnya.


 


No comments: