1. Dengan Allah dan Kitabullah, Rasulullah dan as-sunnah - biarlah sampai kita jatuh cinta, jangan sekadar jatuh suka.
2. Cintai diri dan cintai diri2 (ummah) kerana semua itu sebenarnya satu diri, bagi yang sampai mata hati.
3. Kepada yang baru jatuh sakit hari ini, moga cepat sembuh. Kepada yang baru macam nak jadi tak sihat, moga dijauhkan daripada ketidaksihatan.
4. Malangnya generasi yang malas membaca panjang tetapi cepat mahu menyatakan pegangan, membuat keputusan dan menjatuhkan hukuman.
5. Rasulullah itu walau orang tak suka pun, dia tetap mahu berusaha menyelamat. Begitulah kita yang menurut jalannya.
6. Agar manusia istiqamah saling berbalah, sibutasebelah sentiasa buatkan gelanggang demi gelanggang tanpa lelah.
7. Ajaran2 asal semakin menghilang. Ajaran pelik2 pula semakin mendatang. Fitnah zaman akhir galak menyerang.
8. Tak pasti, jangan kongsi. Kalau tak tahu? Lagilah jangan kongsi, jangan suruh, jangan promosi. Tetapi yang tidak pasti dan tidak tahu itulah biasanya yang paling kuat berkongsi.
9. Tidak tersedar punya penyakit hati/ jiwa atau penyakit badan itu kerana kita tiada pengetahuan dan enggan pula membuat pemeriksaan.
10. Mudah2 berasa terselamat daripada murka-Nya, dosa, silap dan alpa – hal itu adalah sangat berbahaya.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
FB Pak Long Abu Zulfiqar
No comments:
Post a Comment