Thursday, January 26, 2023

Pertemuan Urusan2 Tasawuf, Sufi, Tariqah pada 2023

 

Bagi orang2 yang BELUM PERNAH bertemu secara berhadapan tetapi berhajat untuk bertemu dengan sahaya atas urusan2 tariqah, tasawuf, sufi dan yang seumpama dengannya, tahun ini mungkin sahaya akan buka 1 kali pertemuan sahaja iaitu pada hujung Oktober atau awal November. Yang mahu ilmu2 berkenaan lebih awal, bolehlah cuba aturkan pertemuan dengan sahabat sahaya Tuan Abu Ihsan https://web.facebook.com/mohdfirdaus.thahuddin di Pahang.

Sebelum zaman PKP (2012-2019), umumnya pada setiap kali lepas pengajian utama di Trong, sahaya buka ruang pertemuan kepada sesiapa yang berminat. Puratanya sekitar 30 kali setahun. Namun sejak 6 bulan sebelum PKP, sahaya sudah mula minta berhenti semua pengajian bersemuka di masjid/surau/majlis dan berjaya berhenti sepenuhnya semua tempat itu pada Mac 2020 (PKP pun bermula). Sejak itu sehingga sekarang memang sahaya tidak buat sebarang pengajian bersemuka lagi walaupun undangan tetap ada. kerana sudah ada urusan2 agama yang lain yang lebih penting untuk sahaya dahulukan, sebagaimana yang dimaklumkan dan diisyaratkan oleh mursyid sahaya 25 tahun yang lalu.


Ringkas kata, sahaya bukan tidak sudi bertemu dengan tuan2 yang menyatakan hajat, tetapi ada hal2 tertentu yang sangat sukar untuk dielakkan. Jadi, jika tuan2 tetap mahu menunggu sahaya, insya-Allah pada hujung Oktober atau awal November nanti.


Semoga Allah mudahkan segala urusan dunia dan akhirat kita.


20/1/23


*Yang sudah pernah bertemu berhadapan, insya-Allah kita boleh usahakan pertemuan

*2012 hingga 2022 - cukup 10 tahun (sebagaimana yang dimaklumkan dan diisyaratkan oleh mursyid). Bermula 2023, bermulalah episod baharu.


No comments: