Saturday, August 19, 2023

Ilmuwan dalam Tiang2 Ad-Diin

 

Seseorang ilmuwan agama itu mungkin seorang ulama dalam tiang al-islam (fekah, usul fiqh dsb) tetapi dia hanya awwam atau pertengahan dalam tiang al-ihsan (tasawuf dsb).


Seseorang ilmuwan agama itu mungkin seorang ulama dalam tiang al-islam (fekah, usul fiqh dsb) tetapi dia hanya awwam atau pertengahan dalam tiang as-sa’ah (zaman akhir dsb).


Seseorang ilmuwan agama itu mungkin seorang ulama dalam tiang al-iman (aqidah) tetapi dia hanya awwam atau pertengahan dalam tiang al-islam.


Seseorang ilmuwan agama itu mungkin seorang ulama dalam tiang al-iman (aqidah) tetapi dia hanya awwam atau pertengahan dalam tiang al-ihsan.

Seseorang ilmuwan agama itu mungkin seorang ulama dalam tiang al-iman (aqidah) tetapi dia hanya awwam atau pertengahan dalam tiang as-sa’ah.


Seseorang ilmuwan agama itu mungkin seorang ulama dalam tiang al-ihsan tetapi dia hanya awwam atau pertengahan dalam tiang al-islam.


Seseorang ilmuwan agama itu mungkin seorang ulama dalam tiang al-ihsan tetapi dia hanya awwam atau pertengahan dalam tiang as-sa’ah.


Seseorang ilmuwan agama itu mungkin seorang ulama dalam tiang as-sa’ah tetapi dia hanya awwam atau pertengahan dalam tiang al-islam.


Begitulah.


Ada ilmuwan agama yang ulama dalam keempat2 tiang ad-diin.

Ada ilmuwan agama yang hanya ulama dalam tiga tiang ad-diin.

Ada ilmuwan agama yang hanya ulama dalam dua tiang ad-diin.

Ada ilmuwan agama yang hanya ulama dalam satu tiang ad-diin.


Bukan asal ilmuwan agama sahaja, maka terus diyakini sebagai ulama dalam keempat2 tungku ad-diin. Tetapi sebegitulah selalunya pandangan kebanyakan ahli masyarakat.


Setiap ilmu ada ahlinya (orang2 khusus yang mahir tentangnya). Jangan tersilap mencari maklumat kepada yang bukan ahlinya. Nanti mudarat yang ditempa. Tetapi itulah yang sering berlaku. Ilmuwan pula jangan sibuk hendak bersuara dalam tiang agama yang bukan dia ahli di dalamnya. Nanti mudarat yang dibawa. Tetapi itu juga sering berlaku.


Setiap tiang ad-diin ada pengasasnya, ada alirannya, ada sanadnya.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

18/8/23

Blog Debunga Teratai Syurgawi

No comments: