Friday, August 11, 2023

Apa Itu Hakikat Kenabian?

 

PERTANYAAN : Assalamualaikum ustaz, syukran atas perkongsian ini yang amat bermakna. Saya ada beberapa soalan di bawah ini dan minta pencerahan.


A) Makna hakikat kenabian.


JAWAPAN :

Waalaikumussalam Tuan S.

Hakikat kenabian ini ialah salah satu pencapaian tertinggi dalam keruhanian. Ia merupakan dapatan bagi orang2 yang sudah mencapai maqam tertinggi dalam 7 Petala Langit & Bumi Tasawuf http://alexanderwathern.blogspot.com/2023/07/7000-meter-kamal-ad-diin.html

.


7 tingkatan tersebut ialah :

i) Syariat (paling rendah, paling asas)

ii) Tariqat

iii) Haqiqat

iv) Ma’rifat (awwaluddin/ awwal ad-diin/ awal agama) – Majoriti ahli keruhanian hanya sampai di sini. Ma’rifat Iblis juga sampai di sini sahaja http://alexanderwathern.blogspot.com/2023/07/setakat-mana-makrifat-iblis.html

v) Nisf ad-diin (pertengahan agama)

vi) Akhir ad-diin (akhir agama)

vii) KAMAL AD-DIIN (kamal = sempurna) – Inilah maqam tertinggi yang terkandung di dalamnya haqiqat kenabian yang lengkap.


Hakikat kenabian inilah antara hal yang Imam al-Ghazali mencarinya dengan segala guru, segala tariq dan segala kitab yang mampu dicapainya pada zaman (hidupnya) itu, tetapi beliau masih tidak berjaya juga mencapainya. Sampailah beliau jatuh sakit misteri yang tidak ada ubat dan tabib yang dapat membantu kesembuhannya. Pada zaman itu, hakikat kenabian yang lengkap dan maqam kamal ad-diin ini seolah2 sudah pupus. Namun begitu Imam al-Ghazali sudah nampak akan maqam tersebut tetapi belum berjaya mencapainya. Maka akhirnya, dalam keadaan kurang sihat sebegitu, beliau pun mendapat gerak daripada Allah lalu keluar beruzlah selama 11 tahun. Dalam uzlahnya itulah baru Imam al-Ghazali berjaya mencapai maqam kamaluddin dan mendapat hakikat kenabian, lalu beliau pun mengasaskan Tarekat Ghazaliyah.


Sebab itulah apabila ditanyakan tentang kedudukan Imam al-Ghazali dalam kewalian, adakah beliau seorang quthub, atau nujaba’, atau ghaus, atau abdal atau sebagainya, sebenarnya beliau tidak berada pada kedudukan2 tersebut. Semua kedudukan itu sentiasa ada dan silih berganti penjawatnya. Tetapi kedudukan yang djawat oleh Imam al-Ghazali ini tidak berterusan ada. Nama kedudukannya itu sekiranya mahu dinamakanlah, ialah “sekiranya ada lagi nabi (selepas Nabi Muhammad saw)” atau “sekiranya dalam umat Muhammad ini ada lagi kenabian”. Boleh rujuk penulisan sahaya yang berikut :

http://alexanderwathern.blogspot.com/2023/05/kedudukan-imam-al-ghazali-dalam-kewalian.html


Walaupun hakikat kenabian itu duduknya pada maqam kamal, tetapi sejak maqam awal lagi sudah ada sedikit daripada tempias dan percikannya. Orang2 maqam akhir biasanya sudah ada serba-sedikit hakikat kenabian ini cuma tidak selengkap dapatan maqam kamal. Wallahua’lam.

 

Abu Zulfiqar al-Amsyari

10/8/23

FB Pak Long Abu Zulfiqar


No comments: