Friday, August 18, 2023

Surat Imam al-Ghazali kepada Raja Yusuf bin Tasyfin

 

Suatu ketika dahulu, negara Islam Andalus (Sepanyol) sedang diserang hebat oleh tentera Kristian. Di seberang Andalus, melintasi Laut Mediterranean ialah negara Maghribi (Morocco). Pemimpin Maghribi ketika itu ialah Raja Yusuf bin Tasyfin yang masyhur itu. Raja Yusuf kebingungan dan acuh tak acuh untuk membantu menyelamatkan muslim Andalus. Imam al-Ghazali walaupun tinggal jauh dari Maghribi, beliau sangat mengambil berat akan hal ini lalu menulis surat yang isinya begitu tegas kepada Raja Yusuf.


Imam menulis : “Pilihlah satu antara dua – sama ada engkau memikul senjata untuk menyelamatkan saudara2mu di Andalus, atau engkau turun takhta untuk diserahkan kepada orang lain yang sanggup untuk memenuhi kewajipan tersebut.”


Kata-kata Imam al-Ghazali ini disahut oleh Raja Yusuf lalu terus melancarkan kempen ketenteraan di Andalus. Hasilnya, tentera Kristian terpukul teruk. Bukan tentera Kristian sahaja, bahkan segelintir orang2 Islam yang memberikan keuntungan kepada tentera Kristian di sana juga turut diuruskannya. Hasilnya pada zaman itu Andalus pun kekal di tangan orang2 Islam.


Beginilah sepatutnya sikap para ketua muslim yang mesti dicontohi. Sepatutnya mereka memimpin umat untuk sekurang-kurangnya menolak atau menghalang agenda musuh2 Islam. Jika mereka berasa tidak mampu, tidak cukup berani, tidak yakin atau sebagainya, maka hendaklah mereka dengan segera melepaskan kedudukan/ jawatan mereka agar boleh diisi oleh orang2 yang berpontensi mampu, ada berani dan ada yakin. Malangnya pada zaman ini, ketua2 umat Islam yang sebegitu, mereka bukan sahaja tidak memimpin umat untuk sekurang2nya menolak atau menghalang, tetapi mereka terus pula mahu mempertahankan kedudukan/ pangkat mereka. Bahkan mereka turut menjadi pemanjang tangan kepada musuh2 Islam untuk menjayakan agenda musuh2 Islam itu.


17/8/23

No comments: