Saturday, August 19, 2023

Al-Ghazali : Salah Satu Cara Syaitan Menggoda

 Menurut Imam al-Ghazali, syaitan akan menghasut dengan mengatakan (contohnya) : “Wahai manusia! Tidak perlulah engkau menyusahkan dirimu untuk beramal ibadah, kerana sekiranya engkau telah ditetapkan (ditakdirkan) oleh Allah sejak azali sebagai makhluk yang bahagia (tetap dikasihi-Nya dan tetap akan masuk syurga), maka tidak akan menjadi mudarat kepada engkau jika meninggalkan amal. Engkau akan tetap sejahtera. Sebaliknya jika engkau dikehendaki (ditakdirkan) oleh Allah SWT menjadi orang yang celaka (dimurkai-Nya lalu masuk ke neraka), maka tidak ada gunanya engkau beribadah kerana tetaplah engkau dalam kebinasaan.” (*Banyak ajaran bermasalah yang berpegang dengan keyakinan yang salah sebegitu. Semoga dijauhkan.) - Al-Ghazali, Minhajul ‘Abidin


19/8/23

No comments: