PERTANYAAN : Assalamualaikum tuan. Boleh ke kalau saya nak minta satu dua amalan daripada tuan? Amalan untuk bersihkan sarang jin dalam badan. Dan amalan untuk bersihkan hati.
JAWAPANNYA : Waalaikumussalam.
1. AMALAN UNTUK MEMBERSIHKAN HATI
Amalkan Zikir Harian Imam al-Ghazali. Pendek2 sahaja lafaznya. Sebaik2nya 1,000 kali sehari. Jika terasa banyak, buat 100 kali sahaja sehari, sudah mencukupi.
Jumaat – Ya Allah
Sabtu – La Ilahaillallah
Ahad – Ya Hayyu. Ya Qayyum.
Isnin – La haula wa la quwwataillabillah
Selasa – Allahummasolli ‘ala Muhammad, wa ‘ala ali Muhammad
Rabu – Astaghfirullahal ‘azim
Khamis – Subhanallahil ‘azimi wabihamdih
2. AMALAN PENDINDING DIRI
Amalkan Amalan 333 Ikhtiar Muslim
i) Pada waktu pagi, baca :
Surah Al-Ikhlas 3x
Surah Al-Falaq 3x
Surah An-Nas 3x
ii) Pada waktu petang, bacaannya sama macam waktu pagi.
iii) Pada waktu malam pula :
- Tadah tangan macam berdoa.
- Hembus tapak tangan sekali.
- Baca Surah Al-Ikhlas 1x, Al-Falaq 1x dan An-Nas 1x
- Hembus ke tapak tangan.
- Usapkan lebih kurang ke serata badan.
- Ulangi langkah ini dua kali lagi (jadi semuanya 3 kali)
3. AMALAN BERSIHKAN SARANG JIN DALAM BADAN
Setiap hari sekurang2nya sekali :
- Sediakan segelas air kosong untuk diminum.
- Baca Dua Kalimah Syahadah (1x), selawat (3x) dan istighfar (3x)
- Kemudian baca Al-Fatihah, Ayat Kursiy, Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Nas, dan Al-Fil (semua 1 kali).
- Hembuskan perlahan2 ke air lalu diminum.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
20/8/23
Blog Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment