Fitnah itu sesuatu yang tidak baik. Ia ibarat tetamu. Apabila fitnah itu datang bertamu atau datang melanda, manusia berada dalam beberapa kategori. Antaranya :
1. Golongan yang SANGAT TERUJA dan terkinja-kinja menyambut fitnah (tetamu) tersebut. Mereka rasa bangga dengannya sama ada kebanggaan itu dipamerkan atau tidak. Mereka ini ibarat orang2 yang berlari menyambutnya.
2. Golongan yang MENYAMBUT BAIK fitnah (tetamu) tersebut tetapi tidaklah sampai ke peringkat teruja dan terkinja-kinja. Mereka meraikannya dan mempersilakannya dengan baik. Mereka ini ibarat orang2 yang berjalan menyambutnya.
3. Golongan yang TIDAK MENYAMBUT fitnah (tetamu) tersebut tetapi akhirnya mereka MENERIMANYA juga. Seboleh-bolehnya mereka tidak mahu menerima kehadirannya tetapi mereka tertekan untuk menerimanya. Mereka ini ibarat orang2 yang berdiri menyambutnya.
4. Golongan yang MENOLAK SAMA SEKALI kehadiran fitnah (tetamu) tersebut walau apa pun yang terjadi. Mereka langsung tidak menyambut kehadirannya. Berdiri menghormatinya pun tidak. Mereka berteguh dengan keadaan mereka. Mereka ibarat orang2 yang tetap duduk. Bahkan apabila fitnah itu datang bertamu, umumnya mereka sanggup “menjadi” salah seorang daripada dua orang anak Nabi Adam as iaitu Habil berbanding menjadi Qabil. Sebab itulah mereka tidak menggunakan jalan bersenjata (busur panah, tali busur, pedang dan sebagainya) malah memusnah dan merosakkannya. Dan orang2 yang sudah “dimasuki” fitnah tersebut, lebih utama untuk berbuat demikian.
Begitulah pelajaran ringkasnya, tanpa pelajaran perinciannya (yang jauh lebih panjang).
Ilmu as-sa’ah daripada 4 fardhu ad-diin dalam hadith Jibril... untuk zaman akhir. Warisan bersanad Huzaifah al-Yaman si pemegang rahsia utusan terakhir.
Sabda Rasulullah saw :
إِنَّ
بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ فِتَنًا
كَقِطَعِ اللَّيْلِ الْمُظْلِمِ، يُصْبِحُ
الرَّجُلُ فِيهَا مُؤْمِنًا وَيُمْسِي
كَافِرًا وَيُمْسِـي مُؤْمِنًا وَيُصْبِحُ
كَافِرًا، اَلْقَاعِدُ فِيهَا خَيْرٌ
مِنَ الْقَائِمِ وَالْقَائِِمُ خَيْـرٌ
مِنَ الْمَاشِي، وَالْمَاشِي فِيهَا
خَيْرٌ مِنَ السَّاعِي، فَكَسِّرُوا
قِسِيَّكُمْ وَقَطِّعُوا أَوْتَارَكُمْ
وَاضْرِبُوا بِسُيُوفِكُمُ الْحِجَارَةَ،
فَإِنْ دُخِلَ عَلَى أَحَدِكُمْ فَلْيَكُنْ
كَخَيْرِ ابْنَيْ آدَمَ.
“Sesungguhnya menjelang datangnya SAAT ITU, akan muncul banyak fitnah besar bagaikan malam yang gelap-gelita (terlalu gelap). Pada pagi hari seseorang dalam keadaan beriman tetapi menjadi kafir pada petangnya. Pada petang hari seseorang dalam keadaan beriman tetapi menjadi kafir pada pagi harinya. Orang yang duduk ketika itu lebih baik daripada orang yang berdiri, orang yang berdiri ketika itu lebih baik daripada orang yang berjalan, dan orang yang berjalan ketika itu lebih baik daripada orang yang berlari. Maka patahkanlah busur-busur kalian (untuk memusnahkannya), putuskanlah tali-tali busur kalian, dan pukulkanlah pedang-pedang kalian ke batu (untuk merosakkannya, menumpulkannya). Jika salah seorang daripada kalian “dimasukinya” (fitnah itu), maka jadilah seperti salah seorang anak (Nabi) Adam yang paling baik (iaitu Habil).” (Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah, al-Hakim)
Abu Zulfiqar al-Amsyari
7/8/23
Blog Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment