1. Wilayah hati (tasauf) yang murni membentuk wilayah akal dan wilayah perbuatan anggota badan yang murni. Puncanya dari hati. Pelajarilah ilmu hati.
2. Yang bermasalah dalam aqidah bukan mereka yang ikut ajaran2 tertentu sahaja, yang tak ikut apa2 ajaran pun ramai, kerana tidak mahu belajar dan berasa diri sudah ok. Tiada belajar, tiadalah tahu.
3. Puluh tahun solat masih tak khusyuk? Ilmu khusyuk ini berada dalam tungku al-ihsan (tasawuf), bukan dalam tungku al-islam (fekah).
4. Janganlah terhenti pada tauhid wilayah aqal (usul, kalam) sahaja kerana lanjutannya ialah pada tauhid wilayah qalbu (tasawuf, sufi).
5. Maqam ruh bukan diukur dari segi usia tapi dari segi kecantikan tingkah laku yang batin & kecantikan tingkah laku yang zahir.
6. “Payung pelindung” itu sangat besar untuk diangkat oleh seorang atau sedikit orang. Ia kena diangkat beramai2 dan bersama2.
7. “Jalan pulang” itu sepanjang 70,000 km ruhani, perjalanan ke hadapannya hingga tamat mengambil masa 24 jam “waktu setempat”.
8. Dapatan para wali Allah itu adalah sebagaimana dapatan para nabi juga tetapi tidaklah benar2 sama. Tentulah dapatan para wali itu tidak sekuat dapatan para nabi. Ibaratnya – dapatan para wali itu ialah sinaran/ cahaya/ bahang matahari tetapi dapatan para nabi itu ibarat matahari itu sendiri.
9. Ringkasnya, kata2 pendek itu umum maksudnya. Jangan mudah diambil ketetapan/ keputusan/ pendirian tanpa tahu huraian.
10. Mata pisau lagi diasah, apatah lagi mata hati. Mata pisau selalu tumpul, mata hati lebihlah lagi.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
FB Pak Long Abu Zulfiqar
No comments:
Post a Comment