Pada suatu hari, satu wali syaitan datang kepada seorang wali Allah. Maka berlakukan perbualan antara mereka.
Wali syaitan : Engkau hendak selamatkan orang? Engkau akan selalu dibenci!
Wali Allah : Jika dapat dielak, aku akan usaha elak (daripada dibenci). Jika tidak dapat dielak, aku akan usaha untuk tabah menghadapi dan melalui.
Wali syaitan : Begitu pula? Engkau akan selalu selalui diperli, dijadikan bahan ejekan dan tawaan, akan selalu seakan-akan dipulaukan, dipandang sebagai ketinggalan zaman, dijadikan bahan umpatan, kurang kawan, kurang duit...
Wali Allah : Sama juga keadaannya. Jika dapat dielak, aku akan usaha elak. Jika tidak dapat dielak, aku akan usaha untuk tabah menghadapi dan melalui.
Wali syaitan : Alahhhh... lebih baiklah engkau jangan ambil peduli untuk selamatkan orang lain. Selamatkan sahaja dirimu sendiri. Tumpu kepada urusanmu dengan Allah sahaja. Sudah tentu raaaamai orang akan senang denganmu dan sayang kepadamu.
Wali Allah : Apalah ertinya dikasihi oleh makhluq tetapi dibenci oleh Khaliq?
Wali syaitan : Argh... memang susah bicara dengan orang tolol lagi rugi seperti engkau!
Wali Allah : Jika aku yakin bahawa untung rugi itu berada pada tanganmu, sudah tentu aku akan menjadikan engkau sebagai Ilahku.
Wali syaitan pun beredar sambil menyanyi-nyanyi.
Wali Allah : Hairan. Engkau suruh aku jangan pedulikan umat, tetapi engkau sendiri begitu sibuk peduli akan diriku hingga sanggup engkau datang ke mari.
Wali syaitan meneruskan langkahnya tanpa bernyanyi lagi.
22/8/23
No comments:
Post a Comment