Dalam hidup ini, selalu juga orang2 yang dianggap baik itu ialah orang2 yang TIDAK berusaha menegur kesalahan kita, TIDAK berusaha menyampaikan agama kepada kita, TIDAK berusaha menasihati kita, TIDAK berusaha menunjukkan jalan kebenaran kepada kita, BUAT TIDAK TAHU jika ternampak kita melakukan maksiat dan dosa, BUAT TIDAK NAMPAK jika kita tersasar haluan...
... orang2 seperti itulah yang dipuji-puji kerana dianggap sebagai orang baik. Mereka disukai, dihormati dan diraikan. Sebahagiannya diangap soleh dan warak.
Apabila orang seperti itu meninggal dunia, dikatakan, “Baik dia tu. Bagus orangnya. Memang hati bersih. TAK PERNAH KACAU ORANG.”
SEBALIKNYA PULA?
Tetapi orang2 yang menuruti keadaannya R4S (Rasulullah saw, 4 sahabat paling utama, dan sahabat2 utama yang lain) - yang BERUSAHA menegur kesalahan kita, yang berusaha menyampaikan agama kepada kita, yang ada usaha untuk menasihati kita jika ada yang tidak kena, yang berusaha menunjukkan jalan kebenaran kepada kita, yang mengambil berat dan ambil peduli apabila kita melakukan maksiat dan dosa...
... orang2 seperti inilah (yang sebagaimana perlakuan R4’S) akan dianggap kurang bagus atau tidak baik. Mereka kurang (atau tidak) disukai, kurang dihormati dan kurang diraikan. Banyak juga antara mereka yang dibenci.
Apabila orang seperti ini meninggal dunia, walau tidak dikata apa-apa di mulut, tetapi di dalam hati terasa lega, senang, terlepas, lebih bebas, lebih sedap. “Masa hidup suka sangat kacau orang.”
Terbalik pula keadaannya.
BAGAIMANA DENGAN KITA?
Kita? Terus sahaja menuruti laluan dan jejak langkah R4’S. Sebagaimana yang mereka contohkan, sebegitulah yang kita contohi. Mereka lebih banyak kena macam2 berbanding kita yang kena sikit2 sahaja ini. Takkanlah kita begitu lemah sampaikan boleh terubah atau terundur hanya dengan kata2 dan pandangan2 orang?
Cinta membuatkan ujian dan dugaan menjadi tawar. Bagi orang2 yang sudah sampai ke maqam cinta Allah dan cinta akan R4’S, qalbu mereka seolah2 sudah tidak terpandang lagi akan semua itu kerana hati mereka sudah banyak atau sudah penuh dengan cinta. Seluruh langit dan bumi dipenuhi cinta. Qalbu kita yang lebih “luas” daripada langit dan bumi itu, isilah dengan cinta (mahabbah... mahabbatullah). Insya-Allah teguh jiwa.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
13/8/23
Blog Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment