Kita berusaha dan berikhtiar dengan gigih
untuk mencari salah yang ALLAH PERINTAHKAN cari,
bukan mencari salah yang Allah larang cari.
Kita berusaha dan berikhtiar dengan gigih
untuk membetulkan kesalahan yang ALLAH SURUH BETULKAN,
bukan kesalahan yang Allah larang untuk betulkan.
Kita tidak sanggup untuk mengabaikan
apa yang Allah perintahkan
dan tidak berani juga untuk bersibuk2
dalam apa yang Allah larang.
Kita membiarkan
hal2 yang layak untuk dibiarkan
dan kita tidak membiarkan
hal2 yang layak untuk tidak dibiarkan.
Allah tidak akan persoalkan
apa yang Dia lakukan
tetapi dia akan persoalkan
apa yang kita lakukan
sekalipun Dia Maha Tahu
bahawa pada hakikatnya
segala-galanya Dialah yang lakukan.
Abu Zulfiqar al-Amsyari
4/8/23
Blog Debunga Teratai Syurgawi
No comments:
Post a Comment