Friday, August 11, 2023

Tentang Ilmu Kalam Belum Mencukupi

 

PERSOALAN 2 : Apakah maksud Imam al-Ghazali menulis : “Bagiku ilmu kalam masih belum cukup dan ia tidak dapat mengatasi penderitaan (ruh)ku selama ini (apatah lagi penderitaan ruh kita selama ini yang kebanyakan orang tidak menyedarinya pun).” - Al-Munqiz min adh-Dhalal


JAWAPAN :

Dalam agama Islam ini ada 4 tungku atau tiang ad-diin, sebagaimana dalam hadith Jibril yang terkenal itu iaitu :

i) Al-Iman (‘aqidah)

ii) Al-Islam (fiqh/ fekah)

iii) Al-Ihsan (tasawuf)

iv) Al-Sa’ah (zaman akhir)


Dalam tungku AL-IMAN itu umumnya ada 3 peringkat. Peringkat asasnya dinamakan ‘aqidah. Peringkat pertengahannya dinamakan usul ad-diin (usuluddin), manakala peringkat lanjutannya dikenali sebagai ilmu kalam. Umumnya majoriti orang awwam hanya belajar pada level ‘aqidah. Sebahagian orang awam dan banyak pelajar2 agama belajar sehingga level usuluddin. Kemudian ada sedikit pelajar agama yang melanjutkan lagi ke level ilmu kalam.


Dalam tungku AL-IMAN inilah adanya tauhid wilayah ‘aqal, mazhab ‘aqidah Asya’irah & Maturudiyah, sukatan pelajaran ‘aqidah Sifat 20, sukatan pelajaran ‘aqidah Rukun 3 (susunan Imam al-Ghazali), maqam awwal ad-diin (ma’rifatullah), dan hal2 lain yang berkaitan dengannya.


Dalam tungku AL-IHSAN juga umumnya ada 3 peringkat iaitu tasawuf akhlak, tasawuf sufi mu’amalah, dan tasawuf sufi mukasyafah. Umumnya majoriti orang awwam hanya belajar pada level akhlak. Sebahagian orang awam dan banyak pelajar2 agama belajar sehingga level mua’amalah. Kemudian ada sedikit pelajar agama yang melanjutkan lagi ke level mukasyafah.


Dalam tungku al-ihsan inilah adanya tauhid wilayah qalbu/ hati/ ruh, mazhab tasawuf Junaidiyah & Ghazaliyah, maqam awwal-ad-diin juga, seterusnya nisf ad-diin, akhir ad-diin, kamal ad-diin, dan hal2 yang berkaitan dengannya.


Banyak manusia termasuk ilmuwan agama hanya terhenti pada tungku al-iman (pada level usuluddin atau ilmu kalam). Mereka tidak meneruskan ke tungku al-ihsan (pada level mua’malah dan mukasyafah).


Jadi, kita janganlah terhenti dan berhabis2 masa hanya pada tiang al-iman (‘aqidah – usuluddin -kalam) sahaja. Kena dilanjutkan ke tiang al-ihsan khususnya pada mu’amalah dan mukasyafah.


2 tariq yang masih hidup sebagai mazhab dalam tiang al-iman ialah Al-Asha’irah dan Al-Maturudiyah.

4 tariq yang masih hidup sebagai mazhab dalam tiang al-islam ialah Al-Hanafiyah, Al-Malikiyah, Asy-Syafi’iyah dan Al-Hanabilah.

2 tariq yang masih hidup sebagai mazhab dalam tiang al-ihsan ialah Al-Junaidiyah dan Al-Ghazaliyah.


Wallahua’lam.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

10/8/23

Blog Debunga Teratai Syurgawi

No comments: