Saturday, August 12, 2023

Yang Bermazmumah Jadi Sanjungan, Yang Bermahmudah Dielakkan

 

Orang2 baik, zuhud, beradab tingkah laku, sopan gerak badan, terjaga tutur kata, lemah-lembut, bersih, kemas, yang banyak sifat2 mahmudah pada diri mereka (inilah keadaan Rasulullah saw dan para sahabatnya)... umumnya pada zaman ini tidak lagi dihargai. Semua kualiti itu tidak lagi dianggap hal2 yang mulia, dan tidak lagi dipandang sebagai kelebihan2, malah diyakini mengganggu keseronokan dan kebebasan. Golongan yang banyak bersifat mahmudah sebegini sering pula dipergunakan/ dimanfaatkan oleh orang lain untuk matlamat2 dan kepentingan2 mereka.


Yang dipandang cool, hot, bagus, sempoi dsb ialah orang2 yang sebaliknya, iaitu mereka yang banyak bersifat mazmumah kerana diyakini membawa keseronokan dan kebebasan, atau sekurang2nya tidak menghalang keseronokan dan kebebasan.


Kita lihat :

1. pengajian2 fekah (tiang AL-ISLAM dalam hadith Jibril berkaitan hukum-hakam dan cara-cara beribadah dsb), banyak kuliah2nya dan ramai hadirinnya.

2. pengajian2 ‘aqidah (tiang AL-IMAN dalam hadith Jibril), agak banyak kuliah2nya dan agak ramai juga hadirinnya.

3. pengajian2 tasawuf (tiang AL-IHSAN dalam hadith Jibril), kurang kuliah2nya dan kurang pula hadirinnya.

4. pengajian2 zaman akhir (tiang AL-SA’AH dalam hadith Jibril), lagi kurang kuliah2nya dan lagilah kurang hadirinnya.


Padahal sifat2 mahmudah ini ditarbiah dalam pengajian2 tasawuf (AL-IHSAN). Malangnya para pelajar dan penggemarnya kurang. Pengamalnya pun kurang. Yang mahu memperjuangkannya lagilah kurang.


Maka yang menjadi kegemaran dan ikutan ramai ialah orang2 yang dalam hal2 baik pun dia boleh dan dalam hal2 tak baik pun dia boleh (boleh belaka), yang bergaya kaki pukul, yang bergaya American/ western, yang gemar mencarut, yang gemar memaki hamun, yang gemar melawak2 dan mentertawakan orang lain, yang sangat suka menganjing2, yang sengaja kusut-masai, yang sengaja tidak terurus, yang bergaya biadap, yang sengaja selekeh, lelaki yang membuat2 gaya keperempuanan, perempuan yang membuat2 gaya kelelakian, dan sebagainya. Orang2 seperti inilah yang diyakini membawa keseronokan dan kebebasan.


R4’S (Rasulullah saw, 4 orang sahabat paling utama, dan sahabat2 utama lelaki dan wanita) tidak ada yang sedemikian kelakuan mereka. Golongan yang mewarisi keadaannya R4’S amat sedikit lagi terasing pada zaman akhir ini. Jika ditemui, bersahabatlah dengan mereka, kariblah dengan mereka, duduklah bersama-sama mereka, beradalah dalam majlis2 dan perhimpunan2 mereka, ambillah pengetahuan daripada mereka, jadikanlah mereka idola, contohilah mereka, dan berkasih-sayanglah dengan mereka. Kesanggupan untuk menjadi ahli ghuraba’ itu tidak ringan tetapi boleh diusaha dan diikhtiarkan. Wallahua’lam.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

12/8/23

Blog Debunga Teratai Syurgawi

No comments: