Wednesday, August 23, 2023

Tafsir Mimpi Menunggang Kuda

 

Asalamualaikum pak long. Saya ada bermimpi menunggang kuda. Saya menunggang kuda dengan sangat seronok ke serata kawasan perumahan dan bandar. Lama sungguh rasanya masa saya bersiar2 dengan kuda itu. Adakah mimpi ini membawa pengertian tertentu?


JAWAPAN : Waalaikumussalam. Jika anda sudah berumahtangga, ertinya anda dan isteri anda hidup gembira, punya kemuliaan dan kehormatan. Anda tidak hiraukan sama ada kemuliaan dan kehormatan itu disedari orang ramai atau tidak. Anda juga menjaga isteri dengan baik. Isteri anda pula seorang yang pemurah, baik dan cantik.


Sekiranya anda belum berumatangga, ertinya anda dikurniakan kemuliaan dan kehormatan yang luar biasa, dan anda menjaganya dengan baik.


Wallahua’lam.


Abu Zulfiqar al-Amsyari

23/8/23

Blog Debunga Teratai Syurgawi

No comments: