Friday, August 18, 2023

Kita Yang Menzalimi Diri Sendiri

 

Dia (Allah) tidak dipersoal tentang apa yang Dia lakukan, tetapi merekalah (manusia) yang akan dipersoal (tentang apa yang mereka lakukan).” (Al-Anbiya’ : 23)


Memanglah semua hal2 yang tidak diingini berlaku itu merupakan ketentuan Allah tetapi kita mesti ingat bahawa Allah dan ketentuan-Nya itu tidak akan dipersoal dan diminta pertanggungjawabannya di akhirat kelak, sebaliknya usaha dan ikhtiar kita itulah yang akan dipersoal dan diminta pertanggungjawabannya oleh Allah. Berjawablah kita dalam keadaan yang sangat tidak selesa dan sangat panjang pula sesinya.


Ada usaha?

Jika ada, sekuat mana usaha?

Cukupkah usaha itu sebagaimana kadar yang dikehendaki oleh agama?

Selaraskah usaha itu dengan agama?

Mengapa usaha itu yang dipilih?

Dan pelbagai persoalan dan pertanggungjawaban lagi, yang sangat termilimiter siasatannya.


Sesungguhnya Allah tidak menganiaya manusia sedikitpun, akan tetapi manusia jualah yang menganiaya diri mereka sendiri.” (Yunus : 44)


(Lalu dikatakan kepada mereka): Pada hari ini, setelah nyata bahawa kamu telah menganiaya diri sendiri, (maka apa yang kamu cita-citakan itu) tidak sekali-kali akan memberi faedah kepada kamu, kerana sesungguhnya kamu dan teman-teman kamu itu tetap menderita bersama-sama di dalam azab.” (Zukhruf : 39)


Dan tidaklah Kami menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri.” (Zukhruf : 76)


Abu Zulfiqar al-Amsyari

18/8/23

Blog Debunga Teratai Syurgawi


*Ada ruang dan peluang, tanam pokok banyak2.

*Jangan tidak berguru, dan jangan salah pilih guru.

*Biasakan sunnah dan makanan sunnah kerana cinta.


No comments: