Sunday, February 20, 2022

Yang Tidak Senang Denganmu

 

Biasanya yang tidak senang hati

dengan kelebihan atau kejayaanmu

ialah segelintir orang2

yang kenal lagi hampir denganmu.


Engkau suka berkongsi gembira lagi meraikan

kelebihan dan kejayaan mereka,

tetapi mereka tidak suka

berkongsi gembira atau meraikan

kelebihan atau kejayaanmu.


Biasanya juga,

yang berkongsi kesenangan hati

dan meraikan kelebihan atau kejayaanmu

ialah orang2 yang tidak dekat denganmu.


Begitulah biasanya,

bukan semestinya.


19/2/22

No comments: