Pada penghujung tahun lalu sahaya ada berbual dengan seorang hamba Allah peminat cerita2 mencarik adat, luar biasa, mistik dan seumpamanya. Katanya, bukankah di alam jin sana (dikatakan orang) ada sejenis "haiwan peliharaan" berbisa yang bisanya sangat kuat yang disebut sebahagian orang sebagai xxxxxxxx? Sebab itulah haiwan itu ditangkap dan dipelihara oleh kelompok jin tertentu untuk diambil bisanya. Bisanya itu dijadikan antidot atau penawar (bahan yang membuatkan tawar atau kurang) bisa gigitan haiwan itu sekiranya haiwan itu menggigit jin. Dia mendakwa diberi minum sedikit oleh antidot tersebut sebagai antidot kepada gigitan haiwan2 berbisa dalam alam manusia. Masalahnya, dia pernah dipatuk ular dan dia mendapat mudaratnya. Mengapa antidot itu tidak berkesan?
Jawapan sahaya - Sahaya tahu hal yang diceritakan itu. Tentang benar atau tidak kewujudannya, tidaklah termasuk ke dalam jawapan sahaya ini kerana sahaya tidak kisah pun akan hal itu. Cuma dalam menjelaskan persoalan ini, kita katakanlah memang wujud.
Pertama, kita kena faham perkara pokoknya iaitu antidot itu diproses lalu DISIMPAN SAHAJA oleh jin-jin itu. Ia hanya akan diberi atau diambil setelah terkena gigitan si haiwan, bukannya siap-siap diminum dan disapu pada badan. Mungkin sebab itulah ia tidak berkesan.
Kedua, jika diminum atau disapu siap2 sedangkan jin-jin itu belum terkena gigitan, antidot itu akan jadi racun kepada diri mereka. Sebab itulah mereka proses dan simpan sahaja untuk digunakan pada masa kecemasan.
Pegajarannya, jangan mudah2 percaya dengan jin-jin. Biar susah2 untuk percaya. Jika diberi untuk disimpan pun, entah betul entah tidak bahan yang diberi itu. Lebih baiklah jangan.
25/2/22
No comments:
Post a Comment