Bicara masalah dalam aliran keruhanian khususnya... dan dalam hal-hal lain umumnya... RINGKAS KATA, budaya SYMP (saya yang menurut perintah) itu tidak ada tempat dalam Tariq Ghazaliyah melainkan budaya SYMPYS. Mengapa sedemikian? Kerana amalan SYMP ini merupakan pintu gerbang yang sangat luas untuk berlakunya penyelewengan, salah guna kuasa, penindasan, kezaliman, dan berlepas tangan daripada bertanggungjawab. Sebab itulah banyak masalah yang tidak sepatutnya wujud tetap berlaku dan terus berlaku dari semasa ke semasa.
Apa pula amalan dan budaya SYMPYS?
Saya yang menurut perintah yang selayaknya... di sisi agama Islam.
Saya yang menurut perintah yang sepatutnya...menurut agama Islam.
Saya yang menurut perintah yang sewajarnya...
Saya yang menurut perintah yang sebetulnya...
Saya yang menurut perintah yang sesuai...dengan landasan agama.
Apa perbezaan antara dua jenis pegangan ini?
UMUMNYA atasan tariq yang menganut ajaran dan fahaman SYMP sahaja itu akan buat apa sahaja kata2 yang lebih atas daripada mereka tanpa mahu berfikir baik buruk lagi, tanpa mahu mempertimbangkan pro kontra lagi, dan tanpa mahu menilai keselarasannya dengan ajaran agama lagi. Untuk memikir, mempertimbang dan menilai pun mereka tidak mahu, apatah lagi untuk bertindak. Lagilah jauh panggang dari api.
Mereka hanya jadi "ahli/anggota/pengamal" yang kaku, tiada perasaan dan tiada keberanian. Seakan-akan boneka, robot, burung kakak tua atau hamba bertaraf abdi yang tiada kemerdekaan. Mereka menurut semua yang datang daripada mahaguru syeikh atau guru mereka dalam hal2 yang salah tanpa ada usaha untuk berfikir, menilai, mempertimbang dan bertindak.
Dari sudut yang lain, mereka jenis yang mahu mengelak daripada bertanggungjawab dan dipertanggungjawabkan. Dengan alasan dan bekalan oksigen SYMP, maka disangkakan mereka akan terlepas lagi terselamat di dunia, dan di akhirat nanti.
Tidak dinafikan, sebagaimana yang kita sedia maklum, mereka lebih mendahulukan untuk memelihara kedudukan mereka di sisi guru2 mereka berbanding memelihara kedudukan mereka di sisi Allah. Walaupun mereka tahu sesuatu kata2 atasan itu tidak benar, tetapi terpaksa (sebenarnya sengaja) dipatuhi sepenuhnya juga. Bahkan ramai yang tanpa rasa bersalah pun, atas alasan... SYMP.
Bagaimana dengan keadaan para pengamal SYMPYS pula?
Mereka memang bawahan dan atasan yang taat, tapi dalam hal2 yang selayaknya sahaja.
Mereka memang tegas melaksanakan arahan atasan, dalam hal2 yang sepatutnya sahaja.
Mereka memang berusaha keras melaksanakan hasrat para guru dan pimpinan, tapi dalam hal2 yang sewajarnya sahaja.
Taat dan patuh mereka bersesuaian dengan tempat, masa dan keadaan. Mereka jenis yang begitu memelihara hubungan mereka dengan Allah lalu mereka jadi orang yang berusaha untuk bijaksana dalam memikir, menilai, mepertimbang dan seterusnya melaksanakan arahan2 atasan mereka. Jika wakil-wakil syeikh keluarkan arahan agar semua ahli kena buang air besar di tengah jalan raya, minum air bergas 20 botol setiap hari, telan paracetemol 20 biji setiap hari walaupun tidak sakit, jangan solat Jumaat di masjid, kena berzina agar sedar diri banyak dosa (maka akan dekatlah hubungan dengan Allah kerana kita akan selalu memohon keampunan setelah berziana tadi), dan sebagainyalah... mereka akan berani mempertahankan kebenaran. Tidak mudah-mudah untuk mereka memanjangkan arahan sebegitu kepada orang-orang bawahan mereka.
Mereka takut akan Allah, lalu mereka berani mempertahankan prinsip kebenaran sekalipun majoriti atasan dan bawahan mereka berpegang sebaliknya. Mereka tahu yang mereka turut ada saham di dunia dan di akhirat untuk bertanggungjawab atas segala akibat perintah yang sampai kepada orang lain melalui mereka. Oleh itu, dalam hal-hal yang tidak sepatutnya berlaku, mereka sangat berani bersuara, gigih mempersoal, teguh pendirian, tidak takut untuk mempertikai, berani memberikan saranan2, dan sebagainya. Sekiranya mereka sedar mereka tidak ada punya kualiti sebegini, maka dengan rela hati mereka sedia melepaskan kedudukan mereka sebagai pemimpin kecil untuk jadi ahli/pengamal biasa sahaja. Biar yang layak sahaja memegang kedudukan yang berat amanahnya itu.
Jadi, dalam tariq ini (tanpa kita menafikan pandangan pihak-pihak lain), memang kita tekankan budaya SYMPYS, bukan budaya SYMP. Kita sudah sering melihat sekian banyak kerosakan berlaku akibat budaya SYMP. Oleh itu, kita sangat berhati-hati.
2/2/22
No comments:
Post a Comment