"Ustaz sekian-sekian yang cakap begitu."
Saya tahu ustaz tu. Dia pun tahu saya. Setakat yang saya tahu (lebih 15 tahun), dia bukan muallij. Tak pernah saya terdengar yang dia ada melakukan rawatan selama sekian-sekian tahun. Dia tidak pernah aktif sebagai perawat. Setakat tolong bacakan doa dan buat air sikit2 untuk orang biasa atau orang kerasukan, hampir semua asatizah pun pernah. Tapi yang itu tak bolehlah terus dikatakan sebagai perawat.
Dalam tempoh setahun dua ini, lebih-lebih lagi dalam 5-6 bulan ini lagilah pasti yang dia tidak pernah aktif sebagai perawat melainkan aktif mengajar ilmu2 agama dan menulis sahaja. Jadi, bagaimana dia boleh beri pandangan seolah2 dia sangat tahu lalu mengeluarkan syor2 berkaitan dan buat penafian2 tertentu berkaitan dunia muallij terkini?
Cuba tanyakan, dalam 3-4 bulan terakhir ini, berapa ramai pesakit yang dirawatnya?
Masalah kesihatan yang bagaimana yang paling banyak?
Golongan mana yang paling ramai datang?
Apa perubahan mendadak yang sedang berlaku dalam rawatan alternatif terkini?
Sebenarnya dia sedang berbicara dalam bidang yang bukan bidangnya. Kalau betul, tak mengapalah juga. Walaupun dia bukan ahli, tetapi jika yang diperkatakannya itu benar, kita sangat alu-alukan. Malangnya... tidak. Dia tidak punya pengetahuan tentang situasi terkini dunia perubatan tradisi nawabi ini tetapi mengagak-agak tahu dan menunjuk-nunjuk tahu.
Jadi, kita ambil kata-katanya yang dia berkeahlian dalam bidangnya sahaja. Kita tak nafikan keilmuannya dalam bidang2 tersebut. Yang kita tahu dia bukan ahli dalam sesuatu bidang lain tetapi dia hendak bercakap juga, kita abaikan sahaja.
Sebab itu, berguru biar lebih. Walaupun yang istimewa ada satu, tetapi carilah juga dua tiga orang lagi sebagai pengimbang. Ringkas kata, tak ada guru yang tak pernah tersilap. Jika segala-galanya tumpu yang seorang itu, di mana nak diperasan silapnya jika tiada pengimbang lain?
Saya ada menulis sebelum ini : "Mustahil guru aku tersilap!" - Ini satu perasaan mazmumah yang sangat berbahaya.
3/2/22
No comments:
Post a Comment