"Engkau tidak perjuangkan pun hal2 yang SANGAT PENTING dalam keadaan engkaulah antara yang paling layak lagi paling berkemampuan untuk melakukannya, tiba2 engkau datang merayu hendak kami bersama-sama dengan engkau atas dasar engkau sangat perjuangkan hal2 yang sekadar PENTING dan yang KURANG PENTING? Mengapa sampai begitu jadinya?"
"Errr...sebenarnya.....ada hal2 yang kalian tidak tahu di sebaliknya. Ada selapis dua lapis lagi selepas daripada yang kita nampak ini. 20-30 tahun kami setiap hari bergelumang dalam hal2 tersebut."
"Ya, dan kami juga ada hal2 yang engkau tidak tahu di sebaliknya. Yang kami ketahui ini pada lapis ketiga dan keempat. Kami juga ada orang2 yang sudah 20-30 tahun bergelumang setiap hari dalam hal2 itu. Sebab itulah perancangan dan tindakan kita tidak serupa dari awal. Engkau sendiri pun serba-sedikit tahu juga kan aku dan kami ini bagaimana? Sudah puluh tahun kita kenal."
"...ye lah. Kalau begitu... tak mengapalah. Tapi, untuk kepentingan sekian sekian sekian...kita wajib bersama-sama. Sebab itulah kami mengajak. "
"Tengoklah dulu. Apa yang baik lagi benar, sudah tentu kami akan sokong sesiapa sahaja walaupun mereka sendiri tidak sokong kami. Dalam hal ini, kami akan sokong kebenaran, bukannya sokong pihak-pihak. Ini kerana kebenaran tidak punya kepentingan peribadi, tetapi pihak2 biasanya lebih kepada kepentingan peribadi individu atau kepentingan peribadi pihak. Tapi, kami memang tak janji apa-apalah. Jangan lupa, sebenarnya engkau juga jatuh wajib untuk bersama-sama dengan kami selama hari ini tetapi... tidak pun engkau ambil kisah akan kewajipannya. "
"Sudahlah tu. Eloklah kita jangan sampai berdebat dan berbalah. Allah tak suka. Ikutlah jalan masing-masing. Cuma... nanti jangan lupa sokong kami."
(Ayat terakhirnya tu tetap tak berganjak juga. Dia tetap mahu kita perjuangkan kepentingannya dan perjuangannya walaupun dia sendiri tidak mahu perjuangkan pun kepentingan kita dan perjuangan kita. Dia ambil kira dia sahaja)
10/2/22
No comments:
Post a Comment