Ibarat hendak menyelamatkan kucing kesayangan yang mahu menyerbu melintas jalan sedangkan ada kenderaan laju yang tidak ia perasan. "Meowwww, maih sini maih. Tok sah pi sana! Jangan!" Tetapi ia berdegil. Tak makan diumpan, tak hirau dipanggil.
Sebaik2 sahaja ia hendak melonjak pergi, kita tangkap dan kita pegang kuat-kuat. Tetapi ia menggelupur melawan. Marahnya ia apabila tersekat kemahuan. Tak mengapa, marahlah, bencilah, kerana kita menganggap ia kesayangan.
Lalui a menggigit dan mencakar kiri kanan. Walau sakit, kita cuba bertahan. Tetapi, setelah bertambah kesakitan dan darah berlumuran di tangan, kita pun tiada lagi kemampuan. Terlepaslah ia lalu lari berhamburan. Ketika itu juga melintas kenderaan...
Allah...... kita tetap sedih, tetap kasihan, tetap berasa kehilangan. Sekalipun enam liang gigi taring terbenam di tangan kiri dan kanan, juga penuh garis2 merah berdarah akibat cakaran. Kita sudha cuba untuk menyelamatkan, tetapi tetaplah dalam ketentuan-Nya Tuhan.
Semoag ia diberi pemahaman, mengapa kita bertindak demikian.
7/2/22
No comments:
Post a Comment