@@@ Dah tahu badan rasa lain macam, terus sahaja usaha dan ikhtiar untuk pulihkan atau kurangkan. Jangan tunggu lebih lama dengan harapan, "Ini hanya sementara" atau "Ini biasa2 je. Sikit je." Dikhuatiri ia akan kekal bersarang sepanjang hayat. Sebelum ia bersarang dan menetas, buatlah apa yang patut.
@@@ Dalam tarekat, amalan2 zahir yang berlambak2 pun ramai orang boleh buat. Tetapi amalan2 hati (mahmudah vs mazmumah), di sinilah yang selalu tersangkut dan tersekat.
@@@ Orang2 barisan belakang tak boleh duduk diam sahaja sambil melihat orang2 barisan hadapan pertahankan tembok kota dengan harapan mereka akan berjaya pertahankan kota lalu orang2 barisan belakang pun terselamat sama. Tetapi orang2 barisan belakang kena tolong perkuatkan barisan hadapan kerana jika barisan hadapan dan tembok kota ini tembus maka barisan2 belakang pun akan tembus dengan sangat mudah lagi. Jika barisan hadapan ini gagal ditembus, barisan belakang2 pun akan terus selamat.
@@@ 1. Ada kesedaran, dan ada keberanian untuk mencuba.
2. Ada kesedaran, tetapi tiada keberanian untuk mencuba.
3. Tiada kesedaran, dan tentunya tidak akan mencuba.
No comments:
Post a Comment