"Moleklah tidak dihantar kesemua kitab. Biarkan tersisa 10 naskah. 1 naskah berhampiran singgahsana raja, 1 naskah di kamar raja, 1 naskah di khutubkhanah negara, 1 naskah di rumah bendahara, 1 naskah di perguruan pendita..."
Kita ada 1000 naskah kitab suci bertulisan tangan. Oleh kerana negara besar kita sudah tercemar dengan ajaran2 salah, kita pun hantar 500 kitab ke serata daerah. Malangnya selang beberapa bulan, majoriti daripada kitab2 itu sudah terubahsuai.
Kemudian kita hantar lagi 400 kitab. Sama juga. Selang beberapa bulan, hampir kesemua kitab itu sudah diubahsuai. Tak tahu mana isi kitab yang asal dan mana isi kitab yang sudah diubah.
Lalu kita nak hantar lagi baki kesemua 100 buah kitab?
Kata Bendahara, ""Jangan dihantar semua kitab. Biarkan tersisa 10 naskah."
Bertitah raja, "Mengapa begitu orang kaya?"
"Jika dihantar kesemua 1000 kitab lalu jadi tidak asli belaka, di mana lagi kita hendak mendapatkan yang aslinya? 10 kitab terakhir inilah bekalan terakhir kita. Sekiranya terjadi, lebih baiklah 990 kitab yang dikhuatiri sudah tidak asli itu nanti dibawa pulang semula lalu dirawat dengan isi kandungannya yang asli daripada 10 naskah terakhir kita ini. Jika isi yang aslinya sudah tiada, kita hendak rawat isi kitab2 yang sudah tidak asli itu dengan apa? Kerajaan lain mungkin ada, tetapi tidak akan mudah-mudah mereka memberinya. Sangat mahal maharnya. Silap-silap, 9 daripada 10 wilayah kita terpaksa diberi kepada mereka, baru kita berjaya mendapat kitabnya."
"Beta sudah faham sekarang. Sudah semestinyalah 10 kitab asli yang terakhir ini kita pertahankan keasliannya bermati-matian, agar "daging", "tulang" dan "darahnya" boleh merawat semula isi 990 kitab yang sudah terubahsuai. Inilah keutamaan kita sekarang. "
3/2/22
No comments:
Post a Comment