Mimpi 1: Seorang hamba Allah bermimpi dilanggar dan ditanduk oleh beberapa ekor kerbau.
Maksudnya dia akan ditimpa beberapa masalah berat yang memakan masa agak lama (beberapa tahun) tetapi nanti dia akan terselamat juga. Sepanjang tempoh itu dia kena banyak dan pandai2 "mengelak" sahaja, bukannya bertentangan. Insya-Allah sejahtera.
Mimpi 2 : Seorang hamba Allah bermimpi menjual Al-Quran tetapi tiada siapa pun yang membeli. Tiba-tiba ada seseorang yang punya hubungan tidak baik dengan hamba Allah ini datang membelinya.
Maksudnya, walaupun orang itu tidak suka akan kita, tetapi jauh di dalam hatinya dia mengakui bahawa kita benar.
Adakah ini bermaksud dia mahu berbaik-baik dengan kita?
Tidak mustahil juga, cuma kita berhati-hatilah juga.
Mimpi 3 : Seorang hamba Allah yang susah untuk dapat mimpi (jenis tidur nyenyak aman sentosa), tiba-tiba bermimpi bertemu dengan sahaya dan bersalaman.
Alhamdulilah. Syukur. Maksudnya, hamba Allah ini sudah "baligh"/"cukup umur" bagi kali kedua. Kali pertama dahulu (masa remaja) cukup umurnya atau matangnya itu lebih dari segi jasmani. Kali ini cukup umur atau matangnya itu lebih dari segi dalaman (ruhani).
Setelah cukup umur, macam biasa - tanggungjawab terutamanya dengan Allah tentunya bertambah lagi.
Mimpi 4 : Seorang hamba Allah bermimpi bertemu arwah ibunya yang berwajah cerah, tenang, tersenyum, tetapi tidak berkata apa pun.
Maksudnya si ibu berasa senang dengan anaknya itu kerana anaknya itu baik dengannya sewaktu hidupnya dahulu.
2/2/22
No comments:
Post a Comment