Wang yang haram atau yang syubhat jangan dicuba-cuba.
Jika dicuba, akan mula terasa sedapnya.
Apabila sudah terasa sedapnya,
maka jiwa meronta2 untuk mengulang cuba.
Apabila sudah beberapa kali dicuba,
ia akan mula jadi terbiasa.
Apabila sudah jadi biasa,
maka susahlah untuk meninggalkannya.
Apabila susah untuk meninggalkannya,
maka akan dipertahankanlah sedaya upaya.
Apabila sudah dipertahan sehabis daya,
malulah untuk u-turn semula.
Apabila sudah mendapat sedap berkali ganda,
lagi susahlah untuk lari daripada jerutannya.
Apabila sudah erat jerutannya,
maka kekalkah ia sehingga ke hujung nyawa.
Bukan untuk wang sahaja,
tetapi untuk semua yang haram adanya.
Menipu, mencuri, berakhlak buruk,
dan segala mazmumah yang ada.
16/2/22
No comments:
Post a Comment