Thursday, February 3, 2022

Penjelasan Tentang Prepping (bah. 1)

 

Penjelasan tentang prepping (siri 1) - Sudah bulan Februari. Semalam masih lagi masuk mesej yang mengucapkan terima kasih kerana memberi tarbiah serba-sedikit tentang prepping dalam pengajian zaman akhir beberapa bulan yang lalu, walaupun musim banjir kini boleh dikatakan sudah berlalu.


Mula-mula dahulu, beberapa ucapan terima kasih masuk pada bulan Julai, kerana kita kongsikan prepping amalan2 keruhanian untuk zaman akhir.


Kemudian banyak ucapan masuk sekitar bulan September dan Oktober kerana ketika itu harga barang-barang melonjak naik. Sebahagian para penonton pengajian zaman akhir yang mengikuti saranan2 prepping kita memaklumkan yang mereka berjaya menjimatkan 20-30% daripada perbelanjaan pada ketika itu, sedangkan orang2 sekeliling mereka yang tidak buat prepping terpaksa berbelanja lebih 20-30% jika mahu hidup sebagaimana kebiasaan.


Ini satu jumlah yang tidak kecil. Bagi keluarga yang perbelanjaan bulanannya RM2000 :


i. bagi yang prepping - perbelanjaan bulanan mereka ketika itu boleh dikekalkan pada nilai RM2000 juga. Sebenarnya ramai yang kurang lagi daripada itu kerana mereka sudah banyak berjimat.


ii. bagi yang tidak prepping - perbelanjaan bulanan mereka ketika itu boleh meningkat jadi RM2600.

RM600 bukanlah jumlah yang kecil untuk kebanyakan rakyat kita. Orang2 yang mempertikaikan prepping ketika itu ada hulurkan RM600 kepada anda dan jiran2 anda setiap bulan?


Kita juga tidak beri RM600 sebulan tetapi kita beri ilmu untuk anda tidak perlu menambah RM600 sebulan dalam perbelajaan bulanan ketika orang lain perlu menambah RM600 sebulan. Hal ini sudah pun terbukti. Ingat lagi tak? Ketika itu ada barang2 tertentu yang dikatakan naik harganya sampai ratusan peratus?


Kemudian, ucapan terima kasih lebih banyak masuk selepas musim banjir di serata negara tempoh hari iaitu sekitar hujung Disember dan awal Januari. Mangsa2 banjir yang sebelum itu mengikuti kuliah2 zaman akhir kita, sama ada mereka ikuti saranan buat prepping atau tidak, ketika itu mereka sedar dengan jelas sekali akan kepentingan prepping ruhani dan jasmani yang kita maksudkan.


Jika ada peluang, mungkin sahaya boleh tuliskan pengalaman2 yang mereka kongsikan. Insya-Allah kita akan dapat melihat betapa sekecil2 barang prepping (yang sering diperolok-olokkan oleh sebahagian orang itu) sebenarnya sangat berguna pada waktu2 kecemasan bahkan dengan izin Allah sebagai penyambung kehidupan. Ia boleh jadi sesuatu yang sangat berharga melebihi emas dan timbunan wang ringgit pada ketika kecemasan itu. Yang sudah melaluinya, mereka sangat faham dan sangat yakin.


Dalam pengajian kitab Ihya' 'Ulumuddin kita bertahun-tahun yang lalu, sudah sahaya kongsikan tulisan Imam Al-Ghazali dalam kitab itu tentang Rasulullah SAW sendiri prepping bekalan makanan untuk keluarganya bagi tempoh setahun sedangkan ketika itu belum zaman akhir walaupun sudah akhir zaman. Apakah baginda tidak cukup tawakal? Baginda tidak cukup zuhud?Apakah baginda tidak tahu da tidak yakin zikir dengan izin Allah boleh mengenyangkan? Bahkan menjelang Hari Kehancuran pun baginda sarankan agar kita prepping biji benih lalu ditanam. Bukannya sempat nak tumbuh pun.


Ada antara kita yang mampu prepp bekalan untuk keluarganya setahun? Mungkin segelintir yang ada kemampuan. Sahaya sendiri tidak mampu. Untuk 2-3 bulan mungkinlah. Itu pun belum tentu kerana kemampuan yang sangat terbatas. Sungguhpun diri sendiri tidak mampu, tetapi pengetahuan tentangnya terpaksa disampaikan juga kepada umat.


Dan yang terkini, harga barang2 meningkat lagi. Sebahagiannya di pasaran pun sudah sukar dicari.


Prepping ini sunnah Nabi saw dan para sahabat. Apabila kita buat prepp walau kecil dan sedikit, Allah suka, berpahala, Nabi suka, orang2 soleh suka. Siapa yang tidak suka umat Islam prepping? Sudah tentulah Iblis, Dajjal, syaitan2, dan musuh2 Islam sama ada dari dalam luar umat Islam kerana mereka memang mahu umat Islam tidak sempat berbuat sesuatu lalu mudahlah tercapai matlamat2 mereka.


Kan berbeza antara orang2 yang tidak buat sebarang persediaan untuk mati lalu tiba2 diambil nyawa oleh Malaikat Maut dengan orang2 yang ada buat persediaan serba-sedikit?


Ilmu2 tentang al-islam, ambillah daripada ahli2nya.

Ilmu2 tentang al-iman, ambillah daripada ahli2nya.

Ilmu2 tentang al-ihsan, ambillah daripada ahli2nya.

Ilmu tentang al-sa'ah, ambillah daripada ahli2nya.


Ini empat tiang ad-diin dalam hadith Jibril. Setiap satu tersendiri ilmunya, ada ahli2nya, ada guru2nya, ada sanad2nya. Semuanya diperturunkan kepada generasi demi generasi sejak zaman Rasulullah saw hinggalah kini.


Sekiranya berpeluang, cari2lah kisah dan rahsia Imam Al-Ghazali beruzlah diri di menara putih Masjid Umawi. Apa sebenarnya yang terjadi? Cari juga kisah dan rahsia perhubungan antara Syeikh Abi Madyan melalui dua orang wakilnya dengan Al-Faqih Al-Muqaddam. Apa yang mereka bawa dan sampaikan dari Maghribi ke Yaman?


Insya-Allah kita sambung lagi kemudian.


3/2/22

No comments: