Kali ini salah seorang daripada saudara sahaya pula yang tidak sihat. Tiba2 sahaja dia jadi seorang yang ada masalah kesihatan, bukannya beransur-ansur. Padahal sejak remaja sehingga sekarang (ikutkan tahun hijrah, kami sudah berusia 50 tahun), dia memang seorang yang sangat sihat. Badannya keras kuat, sangat aktif, pemakanan memang dijaga, aspek kesihatan sangat diambil berat, peminat aktiviti-aktiviti lasak, stamina memang cantik, badan fit, bahkan dia lulusan bidang yang berkaitan dengan kesihatan di universiti dulu, dan bekerja dalam bidang yang berkaitan dengan kesihatan juga. Zaman kami banyak menghabiskan masa bersama2 dulu, dia memang jenis yang tak reti duduk diam tanpa aktiviti. Sekejap ke sungai, sekejap ke gelanggang, sekejap ke hutan, sekejap dengan haiwan2 peliharaan, sekejap dengan pokok2 buah...memang lasak. Dari segi stamina, silap2 orang 20-an pun tak terlawan dengan dia yang sudah 50 tahun hijrah.
Suatu hari dalam hujung tahun lepas, dia katakan yang badannya tiba-tiba memang terasa lain. Sahaya pun tidaklah bertanya lebih lanjut kerana menyangkakan hal itu bersifat sementara sahaja, kerana ramai orang lain yang macam itu juga. Dan dia pula terus aktif jugalah dengan ativiti-aktiviti kegemarannya.
Tiba-tiba baru-baru ini, dia mengalami masalah secara mengejut lalu dimasukkan ke wad beberapa hari dan sambung cuti lagi beberapa hari. Rupa-rupanya dia disahkan ada masalah jantung dan darah tinggi. Memang sangat mengejutkan. Beberapa jenis ubat pun teruslah jadi peneman berterusan dan temujanji-temujanji doktor pun sudah ada mengikut masa-masa yang ditetapkan.
Bagi orang-orang yang kita tahu mereka jenis yang agak kurang sihat, atau ada satu dua masalah kesihatan, atau agak lemah badannya, jika berlaku sebegini, tidaklah menghairankan kita. Tetapi yang ini seolah-olah daripada zero (maksudnya sihat segala) dengan sekelip mata sahaja dapat penyakit2 berisiko tinggi.
Dalam beberapa hari ini nampaknya sihat-sihat dan ceria-ceria sahaja. Alhamdulillah. Syukur. Semoga cepatlah beroleh kesembuhan.
6/2/22
No comments:
Post a Comment