Sunday, February 6, 2022

Jalan Keselamatan dalam Tariqah Keruhanian

 

PERSOLAN : Seorang yang beragama Kristian unitari dari Indonesia bertanya, "Berkaitan amalan2 kaum tarekat itu saya sudah sering membaca lagi menonton video2nya. Pertanyaan yang ingin saya ajukan.... apakah jalan keselamatan yang cuba dibawa melalui Tarekat Ghazaliyah? Dalam ajaran Kristens itu ada jalan keselamatannya.


JAWAPAN : Ya, saya faham akan hal ehwal "jalan keselamatan" menurut pandangan agama Kristian itu. Dalam Tarekat Ghazaliyah, "jalan keselamatan" yang ditarbiyahkan adalah :


Mengenal diri, mengenal Allah.

Mengenal dunia, mengenal akhirah.

Mengenal syaitan, mengenal malaikah.

Mengenal yang benar, mengenal yang salah.


Bagi orang-orang yang sudah benar-benar mengenal (bukan terhenti setakat mengetahui atau kenal-kenal sahaja) hal-hal di atas, insya-Allah terjauh daripada "jurang kebinasaan" dan akan beroleh "keselamatan". Selamat atau tidak dalam erti kata yang sebenar-benanya, hanya Allah sahajalah yang mengetahuinya, kita hanya berusaha dan berikhtiar. Menurut Tarekat Ghazaliyah, bagi yang gagal sampai ke maqam mengenal dalam 8 perkara di atas, bererti sedang berada betul-betul di tepi jurang kebinasaan. Seboleh-bolehnya kita tentulah mahu terjauh.


Imam al-Ghazali merangkumkan semua itu sebagai dua ilmu yang menjadi jalan ke akhirat iaitu ilmu mu'amalah dan ilmu mukasyafah. Inilah "dua sayap" keruhanian untuk terbang dengan nyaman ke sana lalu "mendarat di" hadrat Ilahi.


6/2/22

No comments: