Sunday, February 20, 2022

Haiwan Tak Kisah Kawan yang Terkorban

 

Menonton dokumentari tentang haiwan dan alam di televsiyen. Kelihatan sekumpulan besar lebih kurang 3000 ekor haiwan berkaki empat menyeberangi sungai penuh buaya di Afrika. Yang kena ngap keseluruhan badan - mungkinlah 3-4 ekor. Yang kena ngap sebahagian badan - katalah dalam 30-40 ekor (biasanya akan mati juga kemudian akibat kehilangan banyak darah, kesakitan dan jangkitan kuman dalam beberapa waktu). Yang kena gigit luka2 ,atau tercedera akibat terlanggar sesama sendiri, terhantuk batu2, atau terjatuh - mungkin sekitar 300 ekor. Terasa kesian juga.


Bagaimana sekiranya tempat haiwan2 itu digantikan dengan manusia? Allah....lagilah...


Sekiranya haiwan2 itu ada akal fikiran sebagaimana manusia, sudah tentu mereka tak akan beramai-ramai serbu nak melintas juga. Pasti mereka akan cari jalan/ikhtiar lain.


Itulah lebihnya manusia yang dikurniakan akal oleh Allah SWT. Kita bersyukurlah.


5/2/22

No comments: