Sunday, February 6, 2022

Suami Macam Kurang Minat Beramal

PERSOALAN : Salam tuan. Dah bertahun cuba membuat pertanyaan. Tulis. padam. Tulis, padam. Diringkaskan, bagaimana nak menangani pasangan hidup yang hampir pencen ini, sedang kita menelusuri jalan mengingat kematian namun dia nampaknya tak boleh sync... Rasa seperti saya sedang ke arah lain dan dia ke lain. Entahlah tuan.. Tengoklah apa jawapan tuan.. biiznillah. Selain dari itu kehidupan saya Alhamdulillah. Jemukah orang lelaki ini dingat2kan tentang solat ke masjid dan baca quran ye tuan?


JAWAPAN : Waalaikumussalam.

Mula2 kita minta kepada Allah. Saya yakin puan memang sudah banyak melakukannya. Dari segi hakikatnya, hanya Allah sahaja yang ada kuasa untuk mengubah seseorang. Selain daripada Dia, tidak ada walau satu pun yang ada daya upaya untuk melakukannya. Jadi, selalu2 lagilah setiap hari kita minta terus daripada Dia. Kita boleh minta/cakap dalam bahasa seharian kita kerana Dia faham segala. Jika dapat istiqamah buat solat hajat atas maksud itu setiap hari, lagilah bagus. Mudah-mudahan Dia kabulkan permohonan kita itu.


Dari segi syariatnya pula, kita boleh usaha dan ikhtiarkan beberapa perkara. Antara yang boleh cuba diusahakan :


1. Puan berpakat dengan anak-anak (atau isi rumah) untuk sama-sama baca Quran. Sesekali baca berasingan - seorang di bilik, seorang di meja makan, seorang di ruang tamu dan sebagainya. Sesekali duduk beramai2 di ruang tamu dan buat tadarus. Setiap hari buat. Pilih satu masa contohnya selepas maghrib ke, lepas Isya' ke. Jadikan ia macam satu budaya keluarga. Maksudnya kita tunjukkan contoh dan nampakkan kegembiraan melakukan aktiviti tersebut. Insya-Allah lama-kelamaan dia akan tersentuh hati untuk baca juga.


2. Biasanya apabila kita ingatkan, orang sekadar dengar sahaja tanpa tindakan. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Puan boleh cuba gantikan ingatkan itu dengan ajak terus. Contohnya sesekali puan terus ajak dia pergi solat di masjid. Minta dia hantarkan dan solat sekali. Sesekali terus bawa Quran ke depan dia, kata nak minta tadarus (saling baca dan saling semak) seorang satu muka surat. Sekejaaaap je. Tak sampai 5 minit. Biasanya dia akan mengikut juga walaupun mungkin kelihatan tak berapa nak rela pada mulanya. Kita ambil masa dia sekejap2 sahaja agar keselesaan dia tak terganggu.


Kadang2 hidayah untuk seseorang tu lambat datangnya. Walaupun lambat, kadang2 sangat pantas perubahannya. Kita harap2 begitulah. Masa2 akan datang, hanya Allah sahaja yang tahu. Kita usaha dan ikhtiar sahaja sekadar mampu.


Januari 2022

 

No comments: