Sunday, February 6, 2022

Tembok Garam Keliling Rumah?

 

PERTANYAAN : Semalam ada seorang hamba Allah yang sahaya rawat bertanya tentang penggunaan garam oleh sebahagian perawat dalam urusan2 usaha dan ikhtiar mereka. Katanya, jika garam dibacakan doa/ayat/zikir yang ditabur itu bagus, mengapa tidak buat tembok garam sahaja di sekeliling rumah?


JAWAPAN : Di internet ini, sebelum tahun 2010 dulu sahaya pernah menjawab persoalan yang lebih kurang serupa bunyinya. Cuma soalan ketika itu mengandungi "hentaman" kerana disuruhnya buat tembok garam keliling kampung. Sahaya cuba cari semula penulisan tersebut tetapi tak terjumpa. Jadi, sahaya tulis jawapan baharu je lah ye.


Kita masak seperiuk gulai tanpa dibubuh garam. Kita pun rasa...tak sedap!

Kita pun masukkanlah sesudu kecil garam lagi... baru ada rasa sedikit tetapi tetap tak cukup sedap.

Kita masukkan sesudu garam lagi...makin ok tapi masih tak cukup sedap sedikit lagi.

Lalu kita masukkan sesudu lagi... Allah...ngam ngam sedapnya.

Lepas itu kita tak tambah garam lagi dah.


Daripada "ujikaji" ini, kita dapat satu formula bahawa jika ditambah lagi banyak garam, maka lagi sedaplah gulai. Tetapi...jika benar begitu, mengapa kita tak masukkan sahaja dua kilo garam terus? Mengikut logik tadi, tentulah lebih sedap gulainya!


Kita tidak tambah garam walau sesudu lagi pun kerana kita tahu gulai itu akan jadi tidak sedap. Yang menyedapkan itu bukannya banyak garam, tetapi secukup garam sahaja. Terkurang pun tak menjadi, terlebih pun tak menjadi juga. Kena bersesuaian.


Jadi, logik tentang tembok garam keliling rumah, keliling kampung dan keliling negara itu tidak kena dengan tempatnya. Di laut sana ada sangat banyak garam tetapi banyak je jin2 dengan bermacam2 spesis.


*Pesakit ini dirawat atas masalah kesihatan kerana pengambilan bahan2 tertentu ke dalam diri (sakit orang2 zaman 4G 5G - kata sebahagian orang), tetapi alang2 selepas habis tu dia minta tolong "pagarkan" sama rumahnya. Saya beri panduan lalu minta dia buat sendiri.


6/2/22

No comments: