Macam manalah mereka rasa ye?
Allah sahajalah yang tahu hakikat sebenar perasaan mereka yang kena. Tetapi sebagai gambaran (berdasarkan sekian ramai pesakit yang minta bantuan sahaya), mungkin tamsil ibaratnya lebih kurang begini :
Anda sedang memandu kereta...
Lancar sahaja pergerakan.....
(Kereta ini adalah diri anda, tubuh badan anda)
Tiba-tiba...
kereta anda seperti terkena full blackout!
Terputus segala arus!
Seolah-olah seluruh operasi kereta dimatikan!
Rasanya ramai juga yang pernah kena begini
ketika memandu kereta sebenar.
Ada yang satu dua saat,
ada yang sampai terpaksa berhenti di tepi.
Tetapi kali ini
kereta (tubuh badan) anda senyap sunyi segala
tetapi masih terus meluncur di jalan raya.
Segala operasi ternafi,
bahkan brek pun tak berfungsi.
Dan ditambah dalam masa yang sama
dengan serangan sakit pada bahagian dada.
Ada yang masih dapat melihat
dan ada yang terus gelap gelita
seakan-akan siang bertukar jadi malam secara tiba-tiba
atau ada sepasang tangan dari belakang
yang secara mengejut menutup kedua-dua belah mata kita.
Ada yang masih boleh mendengar
ada pula yang terus tertutup
tak dengar apa-apa.
Begitulah kemungkinan gambarannya
berdasarkan himpunan cerita2
yang datang meminta khidmat sahaya.
Sahaya hanya mampu mendengar
dan merumuskan sahaja
untuk dikongsi bersama.
Maka sesiapa yang ada sedemikan tanda-tanda
walau banyak walau sedikit adanya,
segeralah berikhtiar dan berusaha.
Jangan tunggu lebih lama.
Apabila Allah sekadar beri petanda2
atau baru sedikit-sedikit cuma,
ertinya Dia masih memberi peluang
untuk kita berikhtiar dan berusaha.
30/1/22
No comments:
Post a Comment