Walaupun kalian pernah mendiskriminasikan kami, atau dahulunya pernah bersetuju terhadap diskriminasi ke atas kami, atau sebelum ini buat tak kisah walaupun tahu kami sedang didiskriminasi... janganlah risau. Kami tak akan pernah mendiskriminasikan kalian apabila kini kalian datang kepada kami. Tiada langsung dendam di hati malah diterima dengan tangan yang terbuka luas sekali. Kami tidak pernah berubah hati. Langsung tiada benci. Sama sahaja hati kami sebagaimana sebelum2 ini.
Ramai yang sudah datang (Alhamdulillah, syukur), tapi lebih ramai lagi yang nampak macam nak datang tapi tak juga datang2. Jika ada perasaan bersalah, teruslah dibuang. Hal itu tak akan kita kenang2. Anggaplah ia sudah berlalu dan menghilang. Yang paling penting sekarang. kita sama-sama berjuang untuk perjalanan yang di depan sana masih sangat panjang.
Yang lepas, biarkan berlalu. Sekarang kita usaha dan ikhtiar apa-apa yang kita boleh sama-sama bantu. Aku bantu kamu, kamu bantu aku. Kita bantu kita.
Begitulah keadaannya hidup berjemaah.
1/2/22
Beginilah kead
No comments:
Post a Comment