Persoalan : Mengapa kita dianjurkan untuk sampai ke tahap mengenal bagi yang lapan tu? Apa risiko2nya sekiranya tak sampai ke peringkat kenal?
Jawapan ringkas :
Tak kenal diri, maka tak dapatlah kemudiannya mengenal Allah.
Tak kenal Allah, maka akan jadilah tersalah sembah atau tidak tepat sembah.
Tak kenal dunia, maka akan selalulah terpedaya dengan cengkaman2nya.
Tak kenal akhirat, maka susahlah untuk mendapat kejayaan2 di sana.
Tak kenal syaitan, maka akan sentiasalah terkena permainan2nya.
Tak kenal malaikat, maka akan terlepaslah banyak nikmat, hikmat dan rahsia.
Tak kenal yang salah, maka akan selalulah melakukannya.
Tak kenal yang benar, maka akan selalulah terlepas daripadanya.
Untuk jawapan panjangnya, mungkin suatu hari nanti saya buat satu kuliah, atau satu penulisan, atau saya muatkan dalam buku Tarekat Ghazaliyah dalam siri-siri seterusnya.
27/2/22
No comments:
Post a Comment