Dua malam lepas sahaya bermimpi... sahaya sedang solat bersendirian dan duduk pada tahiyat akhir. Di sebelah kanan sahaya dalam jarak lebih kurang dua meter ada sebuah pintu. Tiba2 pintu itu terbuka luas dan angin serta benda-benda yang dibawanya menyerbu masuk dengan derasnya ke seluruh ruangan tempat sahaya solat itu. Dari ruang2 atau lubang2 kecil yang lain pun menyerbu masuk juga.
Di luar sana, angin ribut lebih menggila. Dan di dalam angin ribut itu ada tentera-tentera Iblis (daripada golongan jin) bercampur dengan tentera2 Dajjal (daripada golongan manusia) tetapi sahaya tidak melihat ke arah mereka kerana sedang solat. Angin ribut yang dahsyat itu bersama-sama dengan mereka, terbawa oleh mereka.
Sungguhpun angin ribut itu menghuru-harakan ruang tempat sahaya bersolat itu, tetapi serban, pakaian dan sejadah sahaya seakan-akan tidak terusik. Namun begitu... ada satu masalah lain...
Melalui angin ribut itu, terkirim oleh gabungan tentera2 itu sesuatu yang membuatkan tangan sahaya pada bahagian pergelangan sakit dan membengkok ke bawah. Walaupun sedang sangat sakit, tetapi sahaya melawan dengan berusaha keras untuk mengangkat jari telunjuk, kerana pada ketika itu bacaan tahiyat sahaya sampai kepada kalimah syahadah yang pertama : "Asyhadu anllaa IlahaillAllah."
Sewaktu jari telunjuk sahaya hampir diluruskan... ketika itu berakhirlah mimpi tersebut.
ULASAN RINGKAS
1. Sesiapa yang diizinkan Allah untuk tahu akan tafsiran keseuruhan mimpi ini, tahulah dia. Sesiapa yang tiada tahu, janganlah dibuat2 tahu. Ambillah sebagai perkhabaran sahaja.
2. Kejahatan atau fitnah yang dibawa oleh mereka (Iblis, Dajjal dan tentera kedua-duanya) adalah melibatkan akidah dan tauhid. Sebagaimana dalam posting sahaya sebelum ini, sebenarnya tidak ada satu perkara pun yang tidak bersangkutan dengan akidah dan tauhid.
3. Kejahatan atau fitnah yang dibawa oleh mereka sangat dahsyat. Antaranya kerana sebelum2 ini dalam sejarah, mereka tidak pernah bergabung seakrab, sekuat dan sebesar itu.
4. Kejahatan atau fitnah yang dibawa oleh mereka itu banyak yang datang dalam rupa kebaikan (digambarkan sebagai pintu yang terbuka luas dan kedudukan pintu itu di sebelah kanan).
5. Sungguhpun mereka menghujankan kejahatan2 dan fitnah2 mereka dengan sedemikian dahsyatnya melalui jalan-jalan kebaikan, tetapi mereka sendiri seolah-olah tidak kelihatan pun (buat masa ini).
Wallahualam.
20/2/22
***Ada banyak mimpi2 orang yang belum sempat sahaya tafsirkan. Harap bersabarlah hendaknya kerana sahaya kesibukan.
No comments:
Post a Comment