Sunday, February 6, 2022

Bunyi Benda Jatuh Berdentum Ketika Merawat

 

Sudah lama (bertahun-tahun) tak mendengar bunyi "berdentum" ketika merawat. Kadang2 bunyinya macam satu bola batu berat jatuh dalam rumah. Kadang2 macam bunyi buah kelapa atau buah durian jatuh berdebuk di tepi rumah. Kalau dicari, tak jumpa benda-benda itu walaupun dekat sangat bunyinya. Pernah ada pesakit maklumkan yang bunyi berat itu betu-betul dekat kepala mereka sahaja, seolah-olah jatuh dari bumbung ruang tamu tempat mereka tidur. Apabila dibuka lampu, seluruh isi rumah mencari tetapi tidak ditemui. Entahlah apa kebendanya.


Baru-baru ini sahaya ada berusaha dan berikhtiar untuk seorang kanak-kanak perempuan yang mengalami masalah panas dalam perut dan tenggorok berhari-hari. Di hujung2 bacaan doa dan zikir, tiba-tiba terdengarlah bunyi "berdentum" agak kuat. Sekiranya mahu digambarkanlah, seolah-olah satu keping dinding kayu berat (yang terdiri daripada himpunan banyak keping papan) jatuh ke bumi. Kami yang berada di tengah rumah itu dapat mendengarnya dengan jelas tetapi masing2 tak dapat pastikan tempat bunyi itu berlaku. Rasa macam di dalam rumah pun ye, macam dalam bumbung pun ye, macam tepi rumah pun ye. Tergantung2 entah di mana.


Ketika itu si sakit sedang terbaring di dalam bilik. Pintu biliknya memang dibuka. Apabila ditanyakan kepadanya, dia tidak pula mendengar bunyi yang dimaksudkan.


Dengan izin Allah, pulih juga si anak kecil tetapi memakan masa 4-5 hari juga baru sembuh sebagaimana sediakala.


6/2/22

No comments: