Monday, September 15, 2025

Usaha Lekas Sementara Masih Ada Masa

 

Ikhwah yang dikasihi sekalian. Sahaya kena menceritakan hal ehwal Tariqah Ghazaliyah ini kerana selepas zaman sahaya, tuan2lah yang masih hidup untuk bercerita kepada generasi seterusnya. Sekiranya ikhwah sekalian pun tidak tahu, macam mana hendak sampaikan cerita kepada generasi seterusnya? Lama-kelamaaan banyak cerita dan hal ehwal Tarekat Ghazaliyah ini akan hilang begitu sahaja ditelan zaman. Dada sahaya akan menjadi kuburan kepada ilmu2 tersebut kerana ia tertanam bersama2 sahaya sekali.

 

Tapi insya-Allah banyak juga ilmu dan maklumat ada pada ahli rumah (ahli bait, ahli keluarga) sahaya. Hal ini kerana mereka banyak masa dengan sahaya dan kami selalu ada program2 berkaitan Tarekat Ghazaliyah (lebih daripada orang2 lain). Sekiranya ada sebarang keperluan dari segi ilmu dan maklumat Tarekat Ghazaliyah ini pada kemudian hari, bolehlah merujuk kepada ahli rumah sahaya untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat.

                                     

Purata usia rakyat Malaysia umumnya lebih kurang 77 tahun. Usia lelaki kurang sikit, mungkin sekitar 74 tahun. Sekiranya usia sahaya dipanjangkan oleh Allah sebanyak itu, adalah banyak lagi masa untuk mentarbiyah.

 

Rasulullah saw wafat dalam usia lebih kurang 61 tahun mengikut kiraan kalendar Masihi. Sekiranya sahaya meninggal dunia dalam usia yang sedemikian, ertinya ada masa dalam 8-9 tahun lagi untuk selesaikan segala perkara berkaitan TG ini. Tetapi 8-9 tahun itu bukan lama mana sangat pun.

 

Imam al-Ghazali pula dikatakan meninggal dunia dalam usia 53 tahun Masihi. Sekiranya usia saya setakat itu sahaja, lagilah kelam-kabut, sebab kita ada masa 1 tahun je lagi untuk berusaha selesaikan apa2 yang patut diselesaikan dalam Tarekat Ghazaliyah ini. Umumnya memang banyak perkara tak sempatlah. Harap2nya dapat dipanjangkan setara umur Nabi Muhammad pun jadilah.

 

Kitab Kematian (Book of Death) dalam kitab induk Ihya’ pun belum sempat sahaya syarahkan lagi. Harap2 sempatlah.

 

-          Google Meet 6/9/25, Syeikh Abdus Somad al-Falimbani & Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Ghazali – Penzahiran Tarekat Ghazaliyah di Nusantara

No comments: