Tuesday, September 16, 2025

Inilah Ciri2 Orang Munafik

 

Nabi SAW bersabda : “Tiga perkara yang sesiapa ada pada dirinya, maka dia munafik sekalipun dia berpuasa, mengerjakan solat dan mengaku sebagai muslim - iaitu : apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia menyalahi janji dan apabila diberi kepercayaan dia berkhianat.” (Bukhari, Muslim)

 

Rasulullah SAW bersabda : “Ada 4 perkara yang jika sesiapa ada pada dirinya nescaya dia munafik. Dan sesiapa yang ada pada dirinya suatu sifat daripada yang 4 itu, nescaya ada padanya suatu sifat daripada nifaq, sampailah ditinggalkannya sifat tersebut. Iaitu apabila bercakap dia berdusta, apabila berjanji dia mengengkari janji, apabila membuat suatu perjanjian dia menyalahinya dan apabila bermusuhan dia menganiaya.” (Bukhari, Muslim)

 

Rasulullah SAW bersabda : “Awaslah daripada berdusta! Sesungguhnya orang yang berdusta itu bersama-sama orang yang zalim. Kedua-duanya dalam naar.” (Ibnu Majah, An-Nasa’i)

 

Nabi SAW bersabda sambil bersandar : “Tidakkah aku beritahu kepada kamu tentang dosa besar yang terbesar?” Iaitu mempersekutukan/mensyirikkan Allah dan menderhakai ibu bapa.” Kemudian baginda duduk lalu bersabda : “Ketahuilah, dan berdusta (menipu).” (Bukhari, Muslim)

 

Live streaming channel Tg 14/9/25 : Ilmu2 Imam al-Ghazali – Mengenal Bahaya Lidah

No comments: