Tuesday, September 16, 2025

Kenali Bahaya Lidahmu

 

Lidah itu antara nikmat Allah yang paling besar. Walaupun kecil tubuhnya tetapi besar peluangnya untuk berbuat ketaatan dan kedosaan. Bahkan kufur dan iman itu tidak akan jelas selain dengan kesaksian lidah. Lidah itu luas medannya. Tidak akan terlepas daripada kejahatan lidah, selain orang yang mengikat lidahnya dengan tali kekang agama. Sesungguhnya lidah itu boleh menjadi perkakas syaitan yang paling besar untuk memperdaya manusia. Oleh itu, kita mestilah mengenal bahaya-bahaya lidah agar kita terhindar daripadanya.

 

Abu Abdullah bertanya kepada Rasulullah SAW : “Apakah yang mesti aku jaga?”

Maka Nabi saw menunjukkan dengan tangannya ke lidahnya. (Turmizi, dipandangnya sahih)

 

Rasulullah SAW bersabda : “Sesiapa yang menjamin bagiku apa yang di antara dua tulang rahangnya (lidah, mulut, kata-kata) dan apa yang di antara dua kakinya (kemaluan), nescaya aku jamin baginya jannah.” (Bukhari)

 

Jaga kata-kata dan jaga kemaluan, insya-Allah syurga.

 

Dan ditanyakan kepada Rasulullah SAW tentang punca terbesar yang membawa manusia masuk ke neraka, jawabnya : “Dua rongga badan, iaitu mulut dan kemaluan.” (Turmizi, Ibnu Majah)

 

Maka kita jangan fitnah orang, jangan burukkan orang,  jangan menipu, jangan malukan orang, jangan sakitkan hati orang dsb.

 

Sabda baginda SAW : “Barang siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik-baik ataupun berdiam.” (Bukhari, Muslim)

 

Kita ada dua pilihan sahaja. Jika mahu bercakap, bercakaplah tentang hal yang baik-baik. Jika tidak mahu bercakap yang baik-baik, kita kenalah berdiam sahaja. Tapi, memang susah nak jumpa orang yang dari mulutnya tidka keluar hal2 yang tidak baik.

 

Live streaming channel Tg 14/9/25 : Ilmu2 Imam al-Ghazali – Mengenal Bahaya Lidah

No comments: