Tuesday, September 16, 2025

Kelebihan Bertafakur Menurut Imam al-Ghazali

 

Imam Al-Ghazali berkata : “Tidaklah tersembunyi bahawa berfikir itu ANAK KUNCI kepada SEGALA NUR (cahaya) dan dasar kepada penglihatan mata qalbu. Berfikir itu jalan kepada segala ilmu pengetahuan dan merupakan alat untuk memburu segala ma’rifah dan pemahaman.”

 

Allah bagi kepada kita akal sebagai alat, maka kita kena gunalah akal tu. Jika tidak diguna atau disalah guna, akan diminta pertanggungjawabannya di akhirat kelak.

 

Allah Taala berfirman : “Orang-orang yang ingat akan Allah ketika berdiri, duduk dan berbaring, DAN MEREKA BERTAFAKKUR (memikirkan) tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata : “Wahai Rabb kami! Tidaklah Engkau menjadikan semua ini dengan sia-sia.” (Ali ‘Imran : 191)

 

Ada zikrullah DAN ada tafakkur. Jelaslah bahawa Allah memang suka jika kita bertafakur. Itulah antara sebabnya Imam al-Ghazali menyusun ilmu alam. Kerana tafakkur ini banyak berkait dengan seluruh alam. Ilmu alam ini ada tujuh bahagian.

 

Hasan al-Basri berkata : “Bertafakur sesaat adalah lebih baik daripada berdiri semalaman mengerjakan solat.” Begitulah umumnya, kerana menurut kaedah dalam tariq Imam al-Ghazali, kata2 pendek adalah umum. Ada perinciannya. Maka hal ini bukanlah bermaksud kita berfikir sesaat atau seminit lalau kita meninggalkan amal2 malam yang lain.

 

Daripada Thawus katanya : “Al-hawariyyun (para sahabat) Isa AS bertanya kepada Isa AS : “Wahai Ruhullah! Adakah di atas bumi hari ini orang yang seumpama engkau?”

Isa AS menjawab : “Ada, iaitu orang yang tuturnya itu zikir, diamnya itu fikir dan pandangannya itu pengajaran. Maka orang itu adalah seperti aku.”

 

Umar bin Abdul Aziz berkata : “Berfikir tentang nikmat-nikmat Allah ‘Azza wa Jalla adalah termasuk ibadah yang paling utama.”

 

Bisyr berkata : “Jika bertafakurlah manusia tentang kebesaran Allah, nescaya mereka tidak akan mengerjakan maksiat kepada Allah.”

 

Daripada Ibnu ‘Abbas katanya : “Dua rakaat yang sederhana dalam bertafakur itu adalah lebih baik daripada berdiri mengerjakan solat satu malam dengan tidak ada hati (tanpa bertafakur).”

 

Live streaming channel Tg 12/9/25 : Ilmu2 Imam al-Ghazali – Tafakkur Menurut Imam Al-Ghazali

No comments: