Tuesday, September 16, 2025

Tahukah Engkau Jalan2 Bertafakur?

 

Untuk mendatangkan rasa SYUKUR, kita hendaklah memandang akan ihsan Allah kepada kita dan nikmat-nikmat-Nya. Allah bagi anggota badan, mata, pendengaran, suara, ibu bapa, saudara-mara, anak cucu, bernafas dengan sedap, akal fikiran yang dapat berfikir segala macam, rumah, kenderaan, barang makan minum, kebolehan untuk tidur lena, kebolehan untuk buang air dengan sempurna, perasaan kasih sayang yang dengannya kita dapat mengasihi orang lain dan orang lain juga dapat mengasihi kita, baju, teelfon dan sebagainya.

 

Untuk mendatangkan rasa CINTA, kita hendaklah bertafakur tentang keagungan, keindahan, dan kebesaran Allah. Pandanglah keajaiban hikmah-Nya dan kebagusan ciptaan-Nya. Alangkah agungnya dan indahnya Allah. Bahagian ini kenalah belajar tauhid dan tasawuf untuk lebih mendapatkan.

 

Untuk mendatangkan rasa TAKUT, hendaklah kita bertafakur tentang dosa-dosa kita yang zahir dan yang batin. Juga berfikir tentang mati, sakaratul maut, pertanyaan Munkar Nakir, azab kubur, huru-hara Hari Kebangkitan, proses hisab, titian di atas neraka, neraka, azab-azab neraka dan para penjaganya yang sangat dahsyat. Kita bertaubat, beristighfar dna minta ampun ini jika hendak betul2 rasa dan berlakunya perubahan, kita ekna kennag antara dosa2 kita itu. Bukan sekadar minta ampun secara umum macam kebanyakan orang bermaaf-maafan masa Hari Raya tu. (Umumnya) jika kita memohon ampun secara umum SAHAJA kepada Allah (tanpa disertakan yang khusus2), di situ masih ada ego, sombong dan angkuh. Maka susah untuk berlaku perubahan diri. Sebab itulah dalam amalan Lafaz Zikrullah Harian Tarekat Ghazaliyah pada hari Rabu iaitu istighfar, kifiatnya kita mengenang dan mengakui dosa2 setiap anggota (zahir dan batin) kita iaitu fikiran, mata, telinga, raut wajah, mulut (kata2) dan seterusnya.

 

Untuk mendatangkan rasa HARAP, kita hendaklah bertafakur tentang jannah dan nikmat-nikmat di dalamnya berupa pohon-pohon, sungai-sungai, bidadari-bidadari, dan keabadian jannah. Kita bermimpi nampak jannah pun, terasa nak sambung balik mimpi tu sebab terlalulah indahnya. Itu baru bermimpi nampak jannah, belum bermimpi berada di dalam jannah.

 

Live streaming channel Tg 12/9/25 : Ilmu2 Imam al-Ghazali – Tafakkur Menurut Imam Al-Ghazali

No comments: