Kita berdoa dan berharap agar umat tidak ditunggang oleh marah dan dengki. Orang2 yang secara sengaja atau tidak telah mencetuskan kemarahan orang, amat segeralah ambil tindakan bijak untuk meredakan orang2 yang sedang marah. Dan orang2 yang sedang marah juga, turut kena bijak menguruskan kemarahan agar kemarahan mereka sesuai dengan tempatnya, tidak melampau dan selaras dengan kehendak agama. Kita mestilah beringat bahawa akans entiasa ada pihak2 yang menunggu2 dan mencari2 kesempatan untuk mendapatkan keuntungan2 tertentu daripada huru-hara yang meletus.
- Abu Zulfiqar, Live streaming Ilmu2 Imam Al-Ghazali, Ihya’ ‘Ulumuddin : Kitab Marah & Dengki, 31/8/25
No comments:
Post a Comment