MAKAN MINUM DAN AGAMA
(Nota daripada live streaming 5/9/25)
Imam al-Ghazali menulis : Berkata sebahagian salafsussoleh : “Sesungguhnya makan itu sebahagian daripada agama.” Bagaimana boleh jadi macam tu? Bukankah amal2 agama itu seperti berlafaz zikrullah, mengerjakan solat sunat, berpuasa sunat dsb? Makan pun dikira agama juga?
Kata Imam al-Ghazali, kerana memang ada firman Allah SWT :
كُلُوا۟ مِنَ ٱلطَّيِّبَٰتِ وَٱعْمَلُوا۟ صَٰلِحًا
“Makanlah yang baik-baik dan buatlah amal-amal soleh.” (Al-Mu’minun : 51)
Maksudnya Allah memang menyuruh kita makan yakni memakan yang baik2 dan buatlah amal2 yang soleh. Apabila kita makan yang baik2, minda dan anggota badan kita pun akan kuat dan sihat. Maka gunakanlah ia untuk mengerjakan amal2 soleh.
Jika makanan minuman tak baik, mungkin akan susahlah kita hendak buat amal2 soleh, dan susha juga untuk mendapatkan jiwa yang soleh sebagaimana jiwa orang2 soleh. Apa sahaja yang masuk atau dimasukkan ke dalma tubuh badan kita, ia sangat penting,
Sesiapa yang makan dengan tujuan untuk memperoleh kekuatan ilmu, kekuatan amal, dan kekuatan taqwa, hendaklah dia makan.
Nabi SAW bersabda : “Sesungguhnya seseorang itu akan diberi pahala sehinggalah pada suapan yang diangkat ke mulutnya dan ke mulut isterinya.” (Bukhari)
Hadith ini menunjukkan kelebihan yang ada pada makan, di sisi agama Islam.
- Live streaming Tgm channel Ilmu2 Imam Al-Ghazali
No comments:
Post a Comment