Monday, September 15, 2025

Syeikh Abdus Somad Falimbani Seorang Pahlawan

 

Syeikh Abdus Somad al-Falimbani lahir pada zaman Kesultanan Melayu Palembang. Entah mengapa Kesultanan Palembang ini amat jarang mahu disebut2 orang sebagaimana Kesultanan Melaka, Acheh, Patani, Brunei, Sulu dll. Sahaya pun belum pernah meneliti sejarah Kesultanan Pelambang ini. Tuan2 yang ada peluang bolehlah kaji. Kesultanan ini diasaskan pada tahun 1659. Secara ringkasnya, Kesultanan Palembang ini dihapuskan oleh penjajah  (Belanda) pada 1823.

 

Syeikh Abdus Somad al-Falimbani lahir pada 1704 dan dipercayai oleh sebahagian orang meninggal dunia pada 1789 dalam usia 84 tahun. Mengikut pandangan yang lebih kuat, sebenanya beliau asyaa ahidd pada tahun 1828 pada usia 124 tahun. Bapanya Syeikh Abdul Jalil al-Mahdani berasal dari Tanah Arab merupakan seorang ulama yang pernah menjadi mufti Kedah.

 

Syeikh Abdus Somad Al-Falimbani mula2 belajar agama dengan bapanya di Palembang. Kemudian belajar di Patani. Selepas itu pergi belajar di Makkah dan Madinah. Di sana dia banyak berhubung baik dengan ulama2 besar Nusantara seperti Syeikh Muhammad Arshad al-Banjari (1710-1812), Syeikh Daud al-Fatani (1720-1847) dan Syeikh Abdul Wahhab Bugis (1725-1790).

 

Sebagai seorang syeikh dan mursyid dalam Tariqah Ghazaliyah (di samping beberapa tariqah lain yang diamalkannya), beliau memang mahir ilmu as-sa’ah Imam al-Ghazali. Oleh yang semikian, beliau sangat mengambil tahu dan maklum akan perkembangan2 dunia sejagat terutamanya di sebelah rantau Asia Tenggara. Walaupun berada di Tanah Haram, tetapi Syeikh Abdus Somad al-Falimbani sentiasa mengambil berat akan situasi di Palembang, Kedah dan Patani. Tambahan lagi saudara2nya iaitu Syeikh Wan Abdul Qadir turut menjadi Mufti Kedah dan Syeikh Wan Abdullah menjadi salah seorang pembesar Kedah.

 

Selain itu, sebagai seorang syeikh dan mursyid dalam Tariqah Ghazaliyah, Syeikh Abdus Somad juga terbiasa dengan Kitab al-Jii ahadd. Kitab al-Jii ahadd ini mungkin kitab tentang ajii ahadd yang kedua dalam sejarah Islam. Kitab ini dikarang oleh anak murid kepada Imam al-Ghazali iaitu Imam as-Sulami (Imam Ali bin Tahir as-Sulami) pada 1105. Dikatakan beliau ialah salah seorang imam di Masjid Umawi, Damsyik, Syria. Imam al-Ghazali banyak beruzlah di masjid ini. Imam as-Sulami juga merupakan seorang syeikh dalam Tariqah Ghazaliyah dan pemimpin pasukan umat Islam menentang tentera salib dalam Perang Salib Pertama.

 

Kemudian Syeikh Abdus Somad mengarang kitab ajii ahadd nya sendiri, yang lebih beraroma situasi di Nusantara iaitu Nasihatul Muslimin wa Tazkiratul Mu’minin fi Fadhail Jihadi fi Sabilillah wa Karamatul Mujtahidin fi Sabilillah. Beliau banyak berjuang bersama2 Syeikh Daud al-Fatoni dalam Perang Patani.

 

Sebenarnya pada tahun 1789 itu beliau belum mati syaa hidd dalam peperangan, tetapi beliau menghilangkan diri dan lebih berjuang secara “sikeret sosaiti”. Kemudian beliau berjuang ajii ahadd lagi lalu syaa hidd pada tahun 1828 dalam usia 124 tahun.

 

Kepalanya diceraikan lalu dibawa ke hadapan raja Thai. Memang menjadi budaya tentera Thai waktu itu untuk mempersembahkan kepala tokoh2 utama musuh2 mereka kepada raja. Badannya pula disemadikan di Selatan Thai. Lokasi yang pasti tidak dapat ditentukan tetapi ada makamnya di sana. Wallahua’lam.

 

Syeikh Abdus Somad al-Falimbani & Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Ghazali, Kaitan Mereka Dengan Penzahiran Tariqah Ghazaliyah di Nusantara, 13.9.2025

 

 

No comments: