Monday, September 15, 2025

Ilmu Alam : Daratan Tidak Berdiam Setempat

Mengikutkan ilmu alam Imam al-Ghazali, daratan ini sentiasa bergerak tetapi sikit2. Sebab itulah selepas beberapa puluh tahun, arah qiblat masjid dan surau banyak juga yang berubah. Bukan kerana tukang buat yang asal itu tersalah. Biasanya mereka buat yang asal itu betul. Tetapi kerana muka bumi dan dalaman bumi ini berubah. Sekiranya kita rajin ke masjid2 atau surau2 lama, sebahagiannya saf sudah tidak selari dengan mimbar.

 

Begitu juga dengan perenggan tanah atau sempadan tanah. 60-70 tahun dulu dah ukur cantik, dah ditanda dengan batu perenggan. Tiba2 sekarang apabila diukur semula, bahagian dapur rumah orang dah termasuk ke kawasan rumah kita. Tandas kita pulak dah termasuk ke tanah jiran sebelah. Apa lagi, bergaduh le.

 

Tindakan kita - apabila berlaku, kena saling memahami dan bertolak ansurlah. Kerana daratan ini berubah. Dan sebaik2nya ambil langkah berjaga2 sedari awal. Nak bina bangunan ke, nak tanam pokok ke, nak buat jalan ke, jangan betul2 kat sempadan tanah. Ambil jarak sikit.

Syeikh Abdus Somad al-Falimbani & Syeikh Muhammad bin Abdullah al-Ghazali, Kaitan Mereka Dengan Penzahiran Tariqah Ghazaliyah di Nusantara, 13.9.2025

No comments: