Emosi yang sudah kuat terkacau menyebabkan pelbagai masalah. Antara yang selalu berlaku :
1. Kurang rasa malu atau hilang rasa malu, walaupun sebelum ini dia seorang yang pemalu. Dalam sedar atau tidak, kini dia lebih kerap melakukan hal2 yang dulu dia terasa segan untuk melakukannya, lebih2 lagi di khalayak ramai. Orang2 yang dulunya kita tak sangka akan buat, tapi kemudiannya mereka buat.
2. Amat kurang rasa bersalah atau langsung tidak berasa bersalah melakukan hal2 yang salah atau yang merendahkan maruah, termasuklah di hadapan umum. Dia seolah2 tiada perasaan lagi bersahaja, malah ada yang sukacita melakukannya.
3. Amat payah untuk mengakui kesilapan, memohon maaf, membuat pembetulan dsb. Sering kali juga dia merasakan dirinya masih orang yang bagus dan terpilih. Amat kurang rasa tersalah, rasa berdosa dan rasa perlu bertanggungjawab.
4. Taksub, kurang ada hati atau tidak ada hati untuk buat pertimbangan, penilaian semula, meneliti perbezaan pandangan/keputusan, dsb. Dia akan terus berpegang dengan apa yang dia rasa suka pada hatinya.
5. Jiwanya terlonjak2 dengan hiburan2. Dia lebih mudah dicuit dan lebih terpesona dengan hiburan2 berbanding sebelum2 ini.
6. Jadi sewel atau gila terus.
7. Terdorong untuk “buat” (sakitkan dsb) orang atau “buat” diri sendiri.
8. Mudah melenting atau lebih mudah melenting (sama ada secara terus atau secara tidak langsung) terhadap pasangan, anak2, dan ibu bapa.
9. Berasa kuat terpanggil2 atau terdorong2 ke arah perceraian.
10. Ilmu2 agama masih masuk macam biasa dan ada yang banyak masuknya, tetapi kefahaman dan kesedaran daripada ilmu2 itu susah untuk timbul. Ilmu agamanya lebih kepada setakat banyak maklumat2 tersimpan pada akal sahaja.
…berdasarkan pengalaman sebagai pengamal perubatan Nabawi/Islami sehingga Mac 2022, dan pemerhatian2 terkini.
31/8/25
No comments:
Post a Comment