Sunday, September 7, 2025

Kepentingan Berkerjaya Menurut Imam al-Ghazali

 

KEPENTINGAN BERUSAHA BEKERJA (live streaming malam semalam 1/9/25)

 

“Dan Kami jadikan siang untuk (kamu) mencari penghidupan.” (An-Naba’ : 11)

 

“Maka bertebaranlah di muka bumi dan carilah kurniaan Allah.” (Al-Jumu’ah : 10)

 

Nabi Muhammad SAW juga sangat suka jika kita berusaha mencari penghidupan. Sabda baginda SAW : “Sesungguhnya diambil oleh seseorang daripada kamu akan talinya lalu diikatnya kayu api di belakangnya (lalu dijualnya), (hal itu) adalah lebih baik daripada dia mendatangi seseorang yang dikurniakan oleh Allah daripada kelimpahan-Nya lalu dimintanya (daripada orang itu), sama ada diberi atau tidak.” (Bukhari, Muslim)

 

Ibnu Mas’ud berkata : “Sesungguhnya aku amat benci melihat orang kosong (orang yang sengaja tidak mahu bekerja). Tidak untuk urusan dunianya, dan tidak untuk urusan akhiratnya (urusan2 keagamaannya).”

 

Orang bertanya kepada Imam Ahmad : “Apa pandangan tuan tentang orang yang duduk sahaja di rumahnya atau di masjid (tidak bekerja tapi tumpu kepada agama), dan orang itu mengatakan : “Aku tidak melakukan apa-apa sehinggalah datang kepada aku rezekiku.”( Kononnya orang2 seperti itu kuat tawakkal, kuat redha, tinggi tauhid, wali Allah dan sebagainya.)

Ahmad menjawab : “Itu orang yang tidak ada ilmu. Tidakkah dia mendengar sabda Nabi saw : “Sesungguhnya Allah menjadikan rezekiku di bawah bayang-bayang tombakku.” (Ahmad, isnad sahih)

 

Maksudnya, kenalah keluar mencari penghidupan.

 

Abu Qallabah berkata kepada seorang lelaki : “Sesungguhnya aku lebih suka melihat engkau mencari penghidupan daripada melihat engkau di sudut masjid (untuk urusan2 agama tanpa mencari penghidupan).”

 

 

-          Channel Tele : Ilmu2 Imam Al-Ghazali

No comments: